SEMINGGU SELEPAS KEMALANGAN: DUA PELUMBA PARA CYCLING NEGARA BERI REAKSI POSITIF DI BAWAH PEMANTAUAN TEAMISN

Nur ZatilBerita

KUALA LUMPUR, 14 SEPTEMBER 2017: Genap seminggu insiden kemalangan melibatkan skuad para cycling negara di Lebuhraya LATAR, dua pelumba negara Khairul Hazwan Wahab dan Khairul Nizam Mohd Ali diberi peluang menaiki basikal sebagai salah satu sesi rehabilitasi dibawah kendalian TeamISN yang diketuai Ketua Pegawai Perubatan Kontinjen Malaysia di Sukan Para ASEAN 2017, Dr. Azril Syazwan Mohd Ali. Jelas kedua-duanya tidak … Read More

TEAMISN SEMARAKKAN KETIBAAN OBOR KL2017 DI LOKASI TERAKHIR DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

Nur ZatilBerita

MAIN 1

BUKIT JALIL, 12 OGOS 2017: Selepas hampir 4 bulan mengelilingi seluruh Malaysia, Obor Sukan SEA 2017 akhirnya tiba di lokasi terakhirnya iaitu di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dimana berlangsung serentak dengan program FitMalaysia Kuala Lumpur siang tadi. Ketibaan Obor KL2017 disaksikan hampir 15 ribu orang yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Brig Jen Khairy Jamaluddin bersama pemimpin-pemimpin sukan seperti … Read More

KONTINJEN MALAYSIA BURU 111 PINGAT EMAS DI SUKAN SEA 2017 DAN 103 PINGAT EMAS DI SUKAN PARA ASEAN 2017

Nur ZatilBerita

MAIN 1

PUTRAJAYA, 10 OGOS 2017: 9 hari menjelang pembukaan rasmi Sukan SEA 2017, Menteri Belia dan Sukan Brig Jen Khairy Jamaluddin mengumumkan 111 pingat emas menjadi sasaran kontinjen negara diikuti sasaran 103 pingat emas diletakkan bagi kontinjen paralimpik negara yang beraksi pada Sukan Para ASEAN 2017 September nanti. Sasaran 111 pingat emas tersebut dilihat paling seimbang diletakkan selepas mengambil kira beberapa analisis … Read More

INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN) MEMETERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BERSAMA YAKULT MALAYSIA, UNIVERSITI MONASH MALAYSIA DAN UMP CONSULTANCY & TRAINING SDN BHD

Nur ZatilBerita

MAIN 1

PUTRAJAYA, 3 Julai 2017 (Selasa) – Institut Sukan Negara (ISN) memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Yakult Malaysia, Universiti Monash Malaysia dan UMP Consultancy & Training Sdn Bhd di Hotel Marriot Putrajaya hari ini. MOU ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dato’ Dr. Mohd Khairi Zawi dan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Dato’ Seri Abdul Azim … Read More

INSTITUT SUKAN NEGARA ANJUR TAKLIMAT KHAS PENGENALAN ISN SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN (R&D) TEKNOLOGI SUKAN NEGARA DAN DANA (R&D) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

Nur ZatilBerita

MAIN 1

Oleh: Mohamad Faizal Lan & Muhammad Ridwan Jaafar, Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan. 31 JULAI 2017, BUKIT JALIL – Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan, Institut Sukan Negara (ISN) telah menganjurkan program, Taklimat Khas Pengenalan ISN sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Teknologi Sukan Negara & Dana (R&D) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak telah … Read More

KEJAYAAN WIRA DAN WIRAWATI NEGARA DIRAIKAN PENUH MERIAH SELURUH WARGA SUKAN NEGARA

Nur ZatilBerita

MAIN 1

24 JULAI 2017, SEPANG: Tiga sambutan wira dan wirawati negara diraikan meriah seluruh warga sukan tempatan di KLIA siang tadi bagi menghargai sumbangan atlet-atlet negara yang menempa kejayaan di peringkat antarabangsa dalam kejohanan-kejohanan yang berlangsung sejak minggu lalu. Sambutan dimulakan dengan ketibaan skuad terjun negara yang beraksi di Kejohanan Dunia FINA di Budapest, Hungary kira-kira jam 3.30 petang dimana kejayaan … Read More

GANGGUAN SEKSUAL DALAM SUKAN: SELAMATKAH KITA?

IqbalBerita, Penyelidikan

photo

Oleh: Syarifah Fathynah SS, Pusat Pendidikan Profesional, Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan International Sports Council (IOC) menyarankan agar semua organisasi sukan menyediakan persekitaran sukan yang selamat (safe sport) iaitu persekitaran yang selesa, saling hormat menghormati, adil dan bebas dari sebarang bentuk diskriminasi. Ini juga termasuk persekitaran yang selamat dari gangguan dan penderaan di kalangan ahli sukan, pentadbir, penonton atau peminat sukan. … Read More

TEAMISN ANJUR KURSUS SPORTS TAPING (BEGINNER TAPING) BAGI PENDEDAHAN KAEDAH ASAS

Nur ZatilBerita

MAIN 1

Oleh : Nor Ikhsan Mohd Noor & Mohd Zaid Mohd Ghazali, Pusat Pendidikan Profesional, Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan, Institut Sukan Negara 13 JULAI 2017, BUKIT JALIL: Institut Sukan Negara(ISN) melalui Pusat Pendidikan Profesional,Bahagian Penyelidikan & Pendidikan telah menganjurkan kursus Sports Taping: Beginner (Pilot Test). Kursus ini bertujuan untuk menguji keberkesanan kandungan modul yang telah dimurnikan serta sebagai satu eksperimen bagi mendapat maklumbalas … Read More

HARRIF SALLEH DIPANTAU RAPI TEAMISN MESKIPUN DIBENARKAN BERLATIH KE MELBOURNE

IqbalAktiviti & Program, Atlet & Jurulatih, Berita, Komuniti

photo

14 JULAI 2017, BUKIT JALIL: Selepas hampir seminggu menjalani program pemulihan di bawah kendalian Institut Sukan Negara(ISN), pemenang dua pingat emas Sukan SEA Singapura Mohd Harrif Salleh menarik nafas lega selepas dibenarkan menyertai pasukannya, Terengganu Cycling Team(TSG) berlatih untuk Kem Fasa Akhir Kita Juara di Melbourne, Australia esok. Harrif mendapatkan khidmat sains sukan daripada #TeamISN sejak Jumaat lalu susulan kecederaan … Read More