Kursus Pendidikan Kejurulatihan Berterusan (Continuous Coaching Education)

Program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan atau “Continuous Coaching Education (CCE)” merupakan satu program pendidikan kejurulatihan lanjutan yang bertujuan untuk memperluas dan memperkasakan lagi pengetahuan para jurulatih dalam bidang kejurulatihan serta sains sukan. Program ini menekankan aspek pembelajaran secara teori dan juga praktikal.

Jenis-jenis kursus yang ditawarkan dibawah program CCE :

  1. Basic Coach Education (BCE)
  2. Advance Coach Education (ACE)
  3. Foundation of Applied Coach Education (FACE)

Kursus-kursus CCE yang ditawarkan di AKK ini adalah terbuka kepada semua yang berminat dan amat digalakkan kepada semua jurulatih yang mempunyai Lesen Kejurulatihan.

Semua peserta dan penganjur yang mengikuti Kursus CCE akan diberi sijil:

photo

Contoh Sijil Kursus CCE

photo

Bagi peserta yang berminat sila lengkapkan Borang Permohonan Kursus CCE. Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahkan melalui dua (2) cara :

  1. Pos ke alamat Akademi Kejurulatihan Kebangsaan beserta wang pos untuk yuran kursus
  2. Serahan terus ke pejabat Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dan membuat pembayaran tunai.

*Sebarang borang permohonan melalui fax dan emel tidak akan dilayan.

 

Borang yang telah lengkap diisi, perlu dihantar ke alamat:

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan

Aras 3, Gimnasium 3,
Institut Sukan Negara,
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur.
No. Tel : 012 – 221 7621 atau 03-89914871/72.
(Hanya panggilan pada waktu pejabat sahaja akan di layan) Waktu Pejabat : 8 pagi hingga 1 petang, 2 petang hingga 5 petang.