EN. NIK HARIS BIN NIK IBRAHIM
Pengarah Bahagian Kewangan

PN. NOR SUHAILA BINTI MOHAMED NOOR
Jabatan Pengurusan Kewangan

CIK NABILA BINTI MUHAMAD RADZI
Jabatan Akaun

PN. ZURINA BINTI OMAR
Ketua Cawangan Perolehan


PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KEWANGAN

  1. Memastikan proses bayaran dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dengan syarat dokumen adalah lengkap.
  2. Memastikan pembayaran gaji bulanan mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak lewat dari dua puluh lima (25hb) setiap bulan.
  3. Memastikan proses tender diselesaikan dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas menerima spesifikasi dan dokumen yang lengkap daripada bahagian/unit.
  4. Memastikan proses sebutharga disiapkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas menerima spesifikasi dan dokumen lengkap daripada bahagian/unit.
  5. Memastikan pengeluaran pesanan jabatan/tempatan untuk perolehan sama ada tender/sebutharga rasmi/pembelian terus dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kelulusan dan permohonan lengkap.
  6. Memastikan sistem perkaunan menepati ciri-ciri pematuhan Standard Accounting for Government Agencies (SAGA) dan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Akauntan Negara.

BAHAGIAN KEWANGAN

  1. Bahagian ini berfungsi untuk memastikan pengurusan kewangan dan perakaunan Institut Sukan Negara dilaksanakan dengan cekap dan teratur selaras dengan peraturan dan tatacara serta prosedur kewangan yang berkuatkuasa.
  2. Bahagian ini terbahagi kepada tiga cawangan utama:
  3. Cawangan Akaun
  4. Cawangan Pengurusan Kewangan
  5. Cawangan Perolehan

 

CAWANGAN AKAUN

Cawangan ini bertanggungjawab memastikan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan Institut diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi peraturan perakaunan yang berkuatkuasa dan menyediakan data-data serta maklumat perakaunan yang tepat bagi penyediaan Penyata Kewangan Institut yang berkualiti serta mengikut jadual.

Fungsi Cawangan Akaun

  1. Menyediakan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun.
  2. Mengurus perakaunan dan penyediaan laporan kewangan Institut.
  3. Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank untuk Institut.
  4. Membuat pelaburan-pelaburan yang melibatkan instrument kewangan bagi pihak Institut.
  5. Menguruskan urusan terimaan / hasil bagi Institut.
  6. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.
  7. Menyelenggara Buku Vot.
  8. Menguruskan Laporan Akaun Belum Terima.
  9. Menyelaras Laporan Audit.
  10. Mengendalikan urusan berkaitan sistem perakaunan di ISN.

 

CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN

Cawangan ini bertanggungjawab membantu pengurusan dalam perancangan perbelanjaan secara cekap dan teratur serta memberi khidmat sokongan kewangan kepada semua Bahagian / Pusat / Jabatan di Institut supaya segala aktiviti dan program dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Fungsi Cawangan Pengurusan Kewangan

  1. Mengurus pembayaran ke atas semua tuntutan bagi perkhidmatan dan bekalan yang telah dilaksanakan.
  2. Mengurus pembayaran gaji pegawai / staf tetap / kontrak
  3. Menguruskan bayaran elaun-elaun
  4. Mengurus segala tuntutan / bayaran kepada pegawai / anggota
  5. Menyediakan bajet tahunan bagi Institut.
  6. Memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan kewangan
  7. Mengawal selia urusan pentadbiran kewangan

 

CAWANGAN PEROLEHAN

Cawangan ini bertanggungjawab untuk menguruskan perolehan secara cekap dan teratur.

Fungsi Cawangan Perolehan

  1. Mengurus perolehan dan pembelian bagi bekalan dan perkhidmatan untuk Institut menerusi tatacara perolehan secara:
    1. Pembelian Terus
    2. Sebut Harga
    3. Tender
  2. Urusan perolehan merangkumi dokumen tender / sebut harga / pembelian terus bagi bekalan / perkhidmatan / kerja
  3. Urus Setia Jawatankuasa Perolehan Institut
  4. Mengurusetia Lembaga Perolehan A dan B Institut
  5. Mengurus pemantauan, pengumpulan dan penyelarasan maklumat perolehan Institut.
  6. Urusan pendaftaran syarikat & kontraktor