BAHAGIAN PENGURUSAN

PN. ZURAIFAH BINTI ABD RAHIM

Pengarah Bahagian Pengurusan

EN. AZWARI BIN AHMAD

Ketua Cawangan Kewangan

EN. MUHAMAD HAFIZI BIN MD. ALI

Ketua Cawangan Pentadbiran

PN. SHAHERALIZA BINTI AHMAD ZAKHAN

Ketua Cawangan Harta dan Kemudahan

PN. FAIZAH BINTI SALLEH

Ketua Cawangan Sumber Manusia

EN. MUHAMMAD IQBAL HAKIM BIN MAHMOOD

Ketua Cawangan Teknologi Maklumat

FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN 

1. Merancang, mengurus dan melaksana urusan pembangunan organisasi dan sumber manusia.

2. Mengurus dan melaksanakan urusan perkhidmatan dan pengurusan personel yang cekap dan teratur berdasarkan prinsip-prinsip perkhidmatan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan.

3. Melahirkan anggota ISN yang berkualiti dan kompeten melalui pengurusan prestasi yang efisien bagi mencapai objektif Bahagian.

4. Merancang, mengurus menyelaras dan melaksana program latihan / kursus / peperiksaan termasuk cuti belajar dan melanjutkan pelajaran bagi memberi dan meningkatkan peningkatan dan kecekapan dalam melaksanakan tugas pegawai dan anggota ISN

5. Memberi perkhidmatan pentadbiran am dan pengurusan kualiti kepada warga Institut dengan cekap dan berkesan, mengikut aturan dan arahan yang telah ditetapkan.

6. Mengurus, mengawal selia dan memastikan pengurusan aset dan stor di ISN mengikut tatacara pengurusan aset dan stor yang termaktub dalam Pekeliling 1PP.

7. Bertanggungjawab kepada kawalan keselamatan Institut seperti menyelaras sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di ISN (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 & Arahan Keselamatan Kerajaan Malaysia), merangka pelan tindakan keselamatan dan kebakaran serta bertanggungjawab kepada kerja-kerja yang berkaitan keselamatan di ISN

8. Merancang dan melaksanakan projek-projek naiktaraf / ubahsuai / pembangunan milik Institut Sukan Negara (ISN).

9. Merancang dan memantau pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan berkala yang dijalankan secara ‘inhouse’ dan ‘outsource’ supaya menepati spesifikasi kerja dan takwim perancangan.

10. Memastikan semua perkhidmatan, kemudahan dan keperluan teknologi maklumat yang merangkumi perkasasan, perisian, rangkaian, keselamatn, dan infrastruktur ICT diurus dan ditadbir secara tepat dan selamat mengikut keperluan dan masa yang ditetapkan.

11. Merancang pembangunan sistem dan laman web ISN.

12. Mengurus hal ehwal kewangan ISN mengikut prinsip-prinsip kewangan yang ditetapkan oleh undang-undang.

13. Memastikan sistem perakaunan yang teratur dan cekap bagi pungutan hasil dan perbelanjaan yang telah diluluskan.

14. Mengurus perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja mengikut peraturan.