MR. TIMOTHY O’BRIEN NEWENHAM
Pengarah Bahagian Podium

MR. SEAN STURGESS

Ketua Pusat Operasi

MR. SCOTT RUTHERFORD RICHARDSON
Ketua Pusat Sukan Prestasi Tinggi

EN. RAVINDRAN A/L VARNAGOPAL
Ketua Pusat Pengurusan Projek Sukan


PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PODIUM

  1. Memperakukan sebarang isu, cadangan, permohonan dan maklum balas dalam masa 48 jam. Bahagian PODIUM akan memberikan maklum balas dan jawapan yang muktamad dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
  2. Bahagian PODIUM akan memastikan pemilihan atlet adalah berdasarkan Kriteria Pemilihan yang telah dipersetujui oleh Program PODIUM ISN.
  3. Jurulatih PODIUM akan menerima Data Prestasi Atlet dalam tempoh tujuh (7) hari.

Program Podium adalah program penyediaan atlet elit negara yang khusus, dengan objektif keseluruhan untuk mencapai kecemerlangan sukan untuk negara. Program PODIUM adalah salah satu daripada lapan inisiatif prestasi tinggi di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Program ini dilancarkan pada 2 Februari 2016, oleh Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil. Program ini bermatlamat untuk menghasilkan juara secara konsisten dan berterusan untuk atlet Malaysia.

VISI KAMI

Atlet Malaysia menghasilkan persembahan kelas dunia semasa Kejohanan Sukan Antarabangsa yang utama.

MISI KAMI

Untuk mencapai prestasi PODIUM secara lestari di Kejohanan Sukan Antarabangsa yang utama melalui pendekatan berprestasi tinggi dan pengkaedahan saintifik

OBJEKTIF KAMI

  • Sukan Olimpik : Pingat Emas Pertama di Tokyo 2020
  • Sukan Komanwel : 10 Teratas di Gold Coast 2018
  • Sukan Asia : 10 Teratas di Jakarta 2018
  • Sukan Paralimpik : Lebih banyak pingat di Tokyo 2020 berbanding sebelumnya
  • 10 atlet di ranking 6 teratas dunia
  • Menyokong kecemerlangan sukan melangkaui 2020