BAHAGIAN PRESTASI SUKAN

DR. AHMAD ZAWAWI BIN ZAKARIA

Pengarah Bahagian Prestasi Sukan

EN. MOHD QUSYAIRY AJMAIN BIN MOHD AMIN

Ketua ISN Performance Centre

EN. MOHD IZHAM BIN MOHAMAD

Ketua Cawangan Sains Sukan

EN. MOHAMMAD FAWWAZ BIN JAMAL

Ketua Cawangan Prestasi Tinggi

PN. EMY NOR ASMIEZA BINTI MOHD NOR

Ketua Cawangan Pengurusan Data

FUNGSI BAHAGIAN PRESTASI SUKAN

1. Menetapkan hala tuju dan perancangan strategik Bahagian Prestasi Sukan.

2. Merancang, menyediakan perkhidmatan dan melaksanakan program-program berteraskan aspek sains sukan kepada atlet Negara.

3. Merancang, menyelaras dan memantau penyampaian perkhidmatan Pasukan Prestasi Tinggi berintegrasikan bidang Sains, Perubatan dan Teknologi Sukan kepada sukan-sukan di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) dan program lain.

4. Melaksanakan program sains sukan yang komprehensif dan sistematik berasaskan ‘Evidence – Based Practice’ dan penyelidikan dalam bidang pengkhususan.

5. Sebagai peneraju dan penyelaras untuk menggembleng kepakaran dan kerjasama pembangunan atlet ke arah program latihan prestasi tinggi yang lebih sistematik dan saintifik.

6. Merapatkan jaringan dua hala dengan Institusi-Institusi Sukan (tempatan dan antarabangsa) dan pihak-pihak berkepentingan dalam bidang Sains Sukan.

7. Mengeluarkan ‘standard’ kepakaran dan khidmat nasihat pakar dalam bidang pengkhususan mengikut keperluan sukan.

8. Menyediakan pelan prestasi sukan bagi ke semua sukan di dalam program Majlis Sukan Negara (MSN) dan program lain.

9. Memastikan pengurusan data dan maklumat saintifik di dalam perisian Athlete Management System (AMS) diurus, diselenggara dan disimpan dengan baik, teratur dan bersistematik.

10. Menyumbang dalam pelaksanaan aktiviti kajian /projek penyelidikan berteraskan aplikasi sains sukan.

11. Merangka dan menghasilkan polisi, peraturan, garis panduan dan prosedur /protokol ujian berkaitan Sains Sukan.

Fungsi Cawangan Sains Sukan

  1. Menyediakan perkhidmatan Sains Sukan dalam bidang Pemakanan Sukan, Suaian Fizikal , Fisiologi Senam, Psikologi Sukan dan Biomekanik serta Analisis Prestasi Sukan kepada atlet di bawah program Majlis Sukan Negara dan lain-lain program. 
  2. Merupakan pusat rujukan ilmu dan kepakaran dalam bidang Sains Sukan.
  3. Memastikan perkhidmatan Sains Sukan yang diberikan mengikut Standard Operation Prosedur (SOP)/ protokol yang telah ditetapkan. 
  4. Merancang dan melaksanakan program pendidikan profesional Sains Sukan berterusan.
  5. Menyumbang dalam pelaksanaan aktviti kajian / projek penyelidikan berteraskan aplikasi sains sukan. 
  6. Menghasilkan penerbitan ilmiah Sains Sukan meliputi pembentangan secara lisan, oral dan penulisan artikel.
  7. Merangka dan membangun dan menghasilkan SOP, protokol, polisi dan garis panduan yang berkaitan dengan bidang Sains Sukan.
  8. Mengawal selia mutu perkhidmatan Sains Sukan agar mengikut standard / piawaian ditetapkan oleh badan saintifik sukan yang bertauliah.
  9. Membina dan merapatkan hubungan strategik bersama pemegang taruh yang berkaitan.
  10. Memastikan urus tadbir di peringkat cawangan mengikut tatacara/peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

Fungsi Cawangan Prestasi Tinggi

  1. Menyelaras pengurusan Pasukan Prestasi Tinggi yang berperanan memberikan perkhidmatan saintifik secara berintegrasi meliputi aspek Sains Sukan, Perubatan Sukan dan Teknologi Sukan kepada atlet di bawah sukan kekuatan dan daya tahan.
  2. Menyediakan pelan perkhidmatan prestasi sukan tahunan berdasarkan takwim kejohanan sukan. 
  3. Menjalankan aktiviti turun padang dan pemantauan berkala di lapangan atau semasa kejohanan .
  4. Menyediakan laporan perkhidmatan / pemantauan prestasi dan penilaian saintifik kepada pemegang taruh sukan berkenaan secara berkala.
  5. Memberikan penyelesaian prestasi (performance solutions) melalui pelaksanaan projek-projek sains dan teknologi sukan bagi meningkatkan prestasi atlet dan sukan.
  6. Urusetia Jawatankuasa Persediaan, Pemilihan Atlet dan Pasukan Prestasi Tinggi bagi temasya sukan antarabangsa seperti Sukan SEA, Komanwel, Asia, Olimpik.
  7. Memberikan saranan dan pandangan di dalam mesyuarat yang berkaitan

Fungsi Cawangan Prestasi Tinggi

  1. Menguruskan pembangunan dan pelaksanaan sistem pemantauan atlet melalui pengumpulan, susun atur, analisis dan pelaporan data dan maklumat atlet dan sukan di bawah program kebangsaan.
  2. Membangunkan sistem pengumpulan maklumat pencapaian atlet dan sukan di bawah program kebangsaan dan maklumat negara pesaing bagi menganalisis komponen sukan yang mempengaruhi prestasi semasa atlet.
  3. Merancang dan membangunkan proses penyampaian laporan dan hasil analisis maklumat dan data atlet melalui papan pemuka elektronik yang bersesuaian dengan keperluan pengguna.
  4. Mengkoordinasi aktiviti pengurusan dan pentadbiran sistem termasuk merancang dan melaksanakan program latihan, penghasilan manual kepenggunaan sistem dan bahan pendidikan serta aktiviti bagi meningkatkan pematuhan kepenggunaan sistem di kalangan pengguna.
  5. Mengenalpasti keperluan pengguna dan melaksanakan proses kemaskini sistem dari semasa ke semasa.