‘Beri ruang kepada Van Huizen, Chiow Chuan’

PENGARAH ,Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (MHC),Terry Walsh menyifatkan perlantikan ketua jurulatih baharu skuad hoki lelaki negara, Stephen van Huizen dan Lim Chiow Chuan sebagai pembantunya merupakan satu keputusan yang tepat.

Justeru, Walsh, 61, yang pernah menjadi jurulatih Malaysia dari tahun 1990 hingga 1993 lalu berharap setiap pihak dapat memberikan ruang kepada dua pengendali baharu itu untuk membentuk dan memantapkan semula pasukan kebangsaan.

Semua pasukan terbaik dunia turut mengalami fasa seperti ini dan ia memerlukan banyak perubahan. Saya ditugaskan untuk menilai jurulatih-jurulatih secara bebas dan melalui maklumat yang saya terima,Van Huizen ialah calon yang tepat untuk penggal seterusnya.

Saya mempunyai perasaan positif terhadap dua individu ini kerana mereka berdua mampu bekerjasama antara satu sama lain. Malah, mereka juga mempunyai keinginan tinggi untuk meningkatkan taraf hoki negara.

Perspektif dan sifat-sifat dimiliki mereka akan membawa perubahan besar ke arah ‘jalan’ yang kita mahukan selepas ini.

Ia tidak akan berlaku dalam tempoh satu atau dua bulan kerana bagi saya, ia mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan untuk menjayakan perubahan ini,” katanya pada sidang akhbar MHC kelmarin.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC, Datuk Ow Soon Kooi mengumumkan perlantikan baharu dua jurulatih tersebut, manakala pengendali skuad hoki negara sebelum ini, Tai Beng Hai diberikan jawatan sebagai Pengarah Pembangunan Hoki.

Van Huizen,57, akan mengendalikan The Speedy Tigers sehingga 2018 dan kontrak itu akan mengendalikan lagi selama dua tahun jika beliau berjaya memastikan Malaysia layak ke Piala Dunia Hoki 2018 di Bhubaneswar,India.

Dalam perkembangan sama,Walsh turut mengakui beberapa perubahan akan dilakukan termasuk selepas ini.

Disediakan oleh

Maalani A/P Chandran

Pelajar Praktikal Universiti Putra Malaysia