12 TIPS KESIHATAN YANG PELIK TAPI SEBENARNYA IA AMAT MEMBANTU

NurafikaArtikel, Penyelidikan

Kita biasa mendengar pelbagai tips kesihatan dan pantang larang yang mungkin tidak masuk akal tapi amat berguna di dalam membantu mengekalkan tahap kesihatan luaran dan dalaman serta mampu menstabilkan emosi sesetengah pesakit.   Berikut adalah di antara tips kesihatan yang pelik tapi boleh membantu:   Gunakan kubikel tandas yang paling hampir dengan pintu masuk Menurut satu kajian adalah didapati kubikel … Read More

10 SEBAB KENAPA PENGAMBILAN PROTEIN PENTING UNTUK KECANTIKAN SESEORANG WANITA

NurafikaArtikel

Tentu ramai diantara anda yang tahu mengenai manfaat dan kepentingan protein dalam diet seharian. Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tingg. Kebanyakkan protein dalam diet kita berasal dari produk berasaskan haiwan seperti daging, ikan, ayam, … Read More

10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA

NurafikaArtikel

Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.   Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda yang gemar makan ’10 … Read More

6 PURPLE ANTI KANSER

NurafikaArtikel

Makanan berwarna ungu mempunyai ciri antioksidan yang kuat, berperanan penting melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit serta melancarkan process pencernaan. Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangkan stres oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan. Selain itu, makanan ini juga kaya resvaratol yang diyakini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Ayuh … Read More

JANGAN MALAS JAGA KESIHATAN

NurafikaArtikel

Sebenarnya bukan jantina yang menentukan seseorang itu sama ada rajin menjaga kesihatan atau tidak. Baik lelaki mahupun wanita, sebenarnya semua ini bergantung kepada sikap. Sikap yang menentukan kepekaan kita pada kesihatan. Sebagai lelaki, kami percaya anda juga ada cara tersendiri untuk menjaga kesihatan. Teruskannya! Semoga tip-tip ini juga membantu.   TINGKATKAN AKTIVITI FIZIKAL DITEMPAT KERJA Tiada alasan untuk tidak bergerak … Read More

HINDAR STRESS

NurafikaArtikel

8 CARA MUDAH & MURAH Setiap orang yang mengalami stres bukan sahaja kerana masalah pekerjaan, tetapi mungkin juga dalam percintaan, perkahwinan ataupun keluarga. Jika dibiarkan berterusan, ia boleh membuatkan kesihatan fizikal akan menurun. Untuk menghilangkan stres, anda sanggup ke spa atau pusat peranginan atau rekreasi. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah, bahkan anda tidak perlu mengeluarkan wang.   LAKUKAN RUTIN … Read More

APA ITU ‘PSIKOLOGI’ SUKAN?

IqbalArtikel

Kebanyakan anggota masyarakat di negara ini mungkin memahami perkataan ‘psikologi’ berkait dengan emosi dan tingkah laku manusia, namun tidak ramai yang mengetahui tentang pertalian antara psikologi dan sukan. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘psikologi’ ditakrifkan sebagai kajian tentang proses mental dan pemikiran yang menghubungkan perlakuan manusia dan haiwan. ‘Sukan’ pula terdiri daripada aktiviti fizikal yang … Read More

BOSAN BERLARI DI TREADMILL? PELBAGAIKAN RUTIN SENAMAN DI TREADMILL

IqbalArtikel

Selain dari mengamalkan pemakan yang sihat serta rehat yang secukupnya senaman juga merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat sihat yang sangat penting. Ia merupakan satu aktiviti fizikal yang boleh dilakukan oleh semua individu tanpa mengira umur, jantina serta tahap kesihatan. Dengan melapangkan sedikit masa, tenaga dan komitmen banyak faedah yang diperolehi daripada aktiviti bersenam ini. Namun begitu rutin senaman … Read More

Kejohanan Pesta Bola Merdeka 2013

IqbalArtikel

-

Bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-56, akan diadakan Kejohanan Pestabola Merdeka 2013. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang tertua di peringkat asia dan kali terakhir diadakan adalah pada tahun 2008 iatu peringkat akhir diantara Malaysia dan Vietnam tetapi keputusan akhir perlawanan hanya 0-0.  Di kejohanan ini, ISN telah menghantar seorang pegawai sains sukan dari Bahagian Analisa Sukan bagi membantu pasukan negara … Read More

PERSEDIAAN ATLET MENJALANI LATIHAN KETIKA KUALITI UDARA TERJEJAS

IqbalArtikel

-

Keadaan jerebu yang semakin teruk di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak beberapa hari ini, terutamanya yang berada di negeri Johor dan Melaka yang menyaksikan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi. Disamping itu, rakyat Malaysia juga kini berhadapan dengan cuaca panas dan kering berikutan Monsun Barat daya yang berlangsung sejak pertengahan Mei lepas. Di kesempatan ini, Institut Sukan … Read More