WAKTU BERSENAM YANG IDEAL

photo

Seperti mana waktu tidur, dan waktu makan kita, bersenam juga ada waktu yang sesuai untuk kita lakukan. Waktu pagi, petang atau malam? Yang sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing.   Awal pagi Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini … Read more

NASIHAT DAN KEWASPADAAN DALAM MENGHADAPI CUACA PANAS DAN KERING

        Seperti yang umum sedia maklum bahawa beberapa negeri sedang berhadapan dengan fenomena cuaca panas dan kering yang mana ianya dijangka akan turut dirasai di seluruh Negara. Keadaan semasa ini adalah disebabkan oleh fenoma lautan yang disebut sebagai El Nino. Menurut kenyataan media Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), menerusi Menteri Sains, Teknologi dan … Read more

KECEDERAAN DALAM SUKAN (ANKLE)

photo

Apakah ‘ankle sprain’ dan bagaimanakah ia berlaku?  ‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku). Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta … Read more

5 LANGKAH MENCEGAH PENYAKIT BILA DI DALAM KAPAL TERBANG DAN TIPS MENGEMBARA DENGAN SELESA

Sebagai individu biasa mahupun seorang atlet, kita mungkin kerap menggunakan perkhidmatan kapal terbang untuk bercuti dan juga menyertai sesuatu kejohanan. Banyak langkah-langkah kebersihan diri yang perlu diambil berat bagi mempastikan keselesaan sepanjang perjalanan dan yang lebih penting dapat mengelakkan jangkitan kuman yang bertebaran di dalam udara kabin kapal terbang. Dalam tak sedar ramai di antara … Read more

APA ITU BEKAM?

Beberapa bulan yang lepas, seorang ahli keluarga saya (sepupu) sering mengadu sakit kepala dan sakit di bahagian muka iaitu di pelipis dan pipi. Sakit yang dirasakan berdenyut-denyut dan kadang kala membuat hidung beliau tersumbat hinggakan mengganggu aktiviti seharian beliau. Selepas pemeriksaan di sebuah klinik, doktor menjelaskan yang beliau mengalami masalah resdung dan mencadangkan rawatan secara … Read more

APA ITU SINDROM PENIPU @ IMPOSTER SYNDROME

Sesetengah individu yang mempunyai kedudukan tinggi mengakui bahawa mereka tidak merasa puas dengan pencapaian mereka. Tetapi tiada siapa yang terkecuali dengan sindrom ini. Malah mereka yang mempunyai reputasi tinggi dan berjaya dalam hidup telah menyatakan kebimbangan mereka sekiranya orang ramai menyedari mereka tidak layak memperoleh kejayaan tersebut. Sindrom penipu atau dikenali juga sebagai imposter syndrome, … Read more

HENTIKAN BAU BADAN DENGAN 12 PENAWAR SEMULAJADI

Aduh! Tengiknya… Hampir setiap hari berurusan dengan para atlet untuk melakukan ujian kecergasan, pasti mengundang pelbagai cerita dan antara yang menarik ialah BAU BADAN. Adalah sesuatu yang biasa untuk para atlet ini mempunyai bau badan yang kuat lebih-lebih lagi bila mereka selesai melakukan rutin latihan mereka. Faktor cuaca, keturunan serta pemakanan memang menyumbang kepada permasalahan … Read more

VITAMIN D BANTU KURANG TEKANAN DARAH, RANGSANG KECERGASAN

Tahukah anda pengambilan pil tambahan Vitamin D dapat mengurangkan tekanan darah dan merangsangkan kecergasan. Menurut kajian penyelidik, kira-kira 10 juta penduduk di England kurang pengambilan bekalan makanan tambahan ini dan umpamanya, mereka yang mengambilnya boleh mengayuh basikal dengan tenaga yang minimum. Kajian mendapati pengambilan Vitamin D secara berterusan akan dapat mengurangkan tekanan darah rendah dan … Read more

12 TIPS KESIHATAN YANG PELIK TAPI SEBENARNYA IA AMAT MEMBANTU

Kita biasa mendengar pelbagai tips kesihatan dan pantang larang yang mungkin tidak masuk akal tapi amat berguna di dalam membantu mengekalkan tahap kesihatan luaran dan dalaman serta mampu menstabilkan emosi sesetengah pesakit.   Berikut adalah di antara tips kesihatan yang pelik tapi boleh membantu:   Gunakan kubikel tandas yang paling hampir dengan pintu masuk Menurut … Read more