Sukan Asia: Hujan tangguh emas keempat negara dari acara pelayaran

IqbalBerita

INCHEON: Malaysia terpaksa menunggu sehari lagi untuk mengesahkan pingat emas dalam acara perahu layar apabila hujan lebat memaksa dua perlumbaan terakhir ditangguhkan pada temasya Sukan Asia ke-17 di Wangsan Sailing Marina, dekat sini, hari ini. Dalam acara ‘Double Handed Dinghy 420’ lelaki, jurumudi Mohamad Faizal Norizan dan kru, Ahmad Syukri Abdul Aziz, menduduki tangga teratas dengan 14 mata penalti selepas … Read More

Skuad takraw capai sasaran layak ke separuh akhir

IqbalBerita

INCHEON – Pingat gangsa sudah pasti berada genggaman skuad sepak takraw negara apabila berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir acara berpasukan lelaki pada temasya Sukan Asia 2014 semalam. Dalam aksi terakhir Kumpulan B di Gimnasium Bucheon semalam, skuad kendalian Jamaluddin Hassan itu meneruskan kemaraan selepas menjinakkan China 3-0. Ia merupakan kemenangan sulung skuad negara selepas terlebih dulu ditewaskan Indonesia 1-2 … Read More

Vivian, Khe Wei nak pecah badi 44 tahun

IqbalBerita

..

INCHEON – Tidak sampai sebulan selepas membawa pulang pingat emas dari Sukan Komanwel, Vivian Khoo-Woon Khe Wei mengintai untuk melakar sejarah muncul beregu wanita pertama negara meraih pingat Sukan Asia dalam tempoh 44 tahun selepas mengejutkan bekas juara dunia, Yu Yang-Wang Xiaoli untuk mara ke suku akhir semalam. Vivian-Khe Wei tidak diberi harapan ketika turun ke gelanggang di Gimnasium Gyeyang … Read More

Sukan Asia: Ezuan menang perak menembak lelaki

IqbalBerita

..

KUALA LUMPUR: Muhammad Ezuan Nasir Khan berjaya memenangi pingat perak acara 50 meter rifle prone lelaki dalam final di Sukan Asia di Incheon, sebentar tadi. Dia mencatat 208.5 mata untuk memenangi pingat ketiga untuk kontinjen ngara dalam acara menembak. Pingat emas dimenangi penembak China, Zhao Shengbo dengan 209.1 manakala gangsa menjadi milik Park Bong Duk (186.6). Sumber : Berita Harian

Emas milik siapa?

IqbalBerita

..

Incheon: Pertemuan sesama sendiri pemain negara Datuk Nicol David dan Low Wee Wern pada perlawanan akhir skuasy individu wanita hari ini memastikan kontinjen Malaysia memiliki satu pingat emas dan satu perak. Nicol yang memburu rekod emas kelima Sukan Asia, berada pada prestasi terbaik apabila membelasah pemain India, Dipika Pallikal 11-4, 11-4, 11-5 sekali gus layak ke final kelima berturut-turut Sukan … Read More

China sekat hajat Malaysia

IqbalBerita

INCHEON – Kemaraan skuad badminton negara dalam acara berpasukan lelaki pada Sukan Asia 2014 tersekat di peringkat separuh akhir setelah tewas 0-3 kepada juara bertahan, China semalam. Dalam acara yang berlangsung Gimnasium Gyeyang itu, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang disandarkan harapan untuk mengutip mata pertama gagal memulakan langkah kanan. Pemain kelahiran Pulau Pinang itu tewas kepada … Read More

Terkubur

IqbalBerita

Impian Datuk Ong Kim Swee mengemudi pasukan B-23 negara mara ke pusingan kedua pada Sukan Asia Incheon berkubur semalam. Semuanya gara-gara kad merah yang dilayangkan kepada pertahanan kiri negara, Zubir Azmi sekali gus menyaksikan Malaysia kecundang 0-3 kepada Arab Saudi pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Goyang. Malaysia amat memerlukan kemenangan pada perlawanan itu untuk mara selepas menang sekali … Read More

Emas pertama cetus momentum cipta kejayaan

IqbalBerita

KEMENANGAN pingat emas pertama negara menerusi acara wusyu pada hari pembukaan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan bakal mencetuskan momentum untuk mencipta lebih banyak kejayaan, sekali gus menepati sasaran yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kejayaan atlet wusyu negara, Tai Cheau Xuen kelmarin membuktikan kemampuannya yang setanding atlet handalan dunia … Read More

Fatihah genggam perak

IqbalBerita

INCHEON – Pelumba berbasikal trek wanita negara, Fatehah Mustapa menghadirkan keceriaan apabila menyumbang pingat perak pada hari ketiga Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan semalam. Pelumba kelahiran Hulu Terengganu itu menjadi penyumbang kedua pingat buat kontinjen negara setelah pingat emas pertama diraih atlet wusyu, Tai Cheau Xuen kelmarin. Pemenang pingat emas pada Grand Prix Kedua Asia Tenggara 2013 itu … Read More

Sukan Asia: Sasaran regu takraw ke final sukar – Jamaluddin

IqbalBerita

Ketua jurulatih Jamaluddin Hassan mengakui bahawa regu lelaki gagal persembahkan aksi terbaik dan episod yang sama akan berulang sekiranya layak dan menentang Thailand di separuh akhir kelak. Selain Malaysia dan Korea Selatan, Kumpulan B terdiri daripada Brunei dan India dan Nepal manakala Thailand, diundi bersama Myanmar, China, Singapura dan Laos dalam Kumpulan A. “Kami tiada pilihan selain memenangi baki tiga … Read More