ROAD TO TOKYO 2020 – YSD TAJA RM2.6 JUTA UNTUK SKUAD MUDA BERBASIKAL TREK

NurafikaAtlet & Jurulatih, Berita

default pic

KUALA LUMPUR , 17 November 2016 – Yayasan Sime Darby (YSD) meneruskan pembiayaan bagi skuad berbasikal trek dengan penajaan berjumlah RM2.6 juta bagi persediaan enam pelumba muda untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Enam pelumba tersebut ialah Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Khairil Nizam Rasol, Anis Amira Rosli, Muhammad Fadil Mohd Zonis, Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin … Read More

CHONG WEI TARIK DIRI DARIPADA TERBUKA CHINA

NurafikaAtlet & Jurulatih, Berita

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, disahkan menarik diri daripada Kejohanan Terbuka China yang akan membuka tirai pada 15 November ini berikutan kecederaan hamstring yang beliau alami ketika bersaing di Terbuka Perancis, Oktober lalu. Menurut beliau, penarikan diri daripada Terbuka China dilihat satu keputusan yang tepat kerana beliau eggan mengambil risiko dan tidak mahu terburu-buru sehingga kecederaannya mungkin berulang. … Read More

ISN – MSN ANJUR PERSIDANGAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2016

NurafikaAtlet & Jurulatih, Berita

Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) buat julungkalinya akan menganjurkan Persidangan Kejurulatihan Kebangsaan 2016 yang akan berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses. Persidangan yang akan berlangsung selama dua hari bermula Isnin, 24 Oktober ini akan dihadiri oleh lebih 200 jurulatih berprestasi tinggi dalam negara. Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan amalan-amalan terbaik kejurulatihan,  meningkatkan rangkaian dan hubungan kerja antara jurulatih dan memberi motivasi kepada jurulatih untuk kejayaan di Sukan SEA 2017 yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Antara penceramah yang akan mengambil bahagian termasuk jurulatih Hoki Australia yang memenangi dua pingat emas di Sukan Olimpik iaitu Dr. Ric Charlesworth, jurulatih Berbasikal Kebangsaan Malaysia John Beasley, ketua jurulatih Olahraga Paralimpik, A. Jaganathan A/L Ramasamy dan pakar psikologi sukan terkenal Australia, Peter Terry. Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin berkata, … Read More

NATIONAL COACHING CONFERENCE 2016

IqbalAktiviti & Program, Atlet & Jurulatih, Pengumuman

banner

The National Coaching Conference is an in house event for our National High-Performance Coaches.  The main goal and objective of the conference is to bring together all our coaches in the spirit of learning and development, in preparation for the 2017 SEA Games held in Malaysia. The key topics that will be discussed are as follows: Communication Sharing Past SEA … Read More

PEMENANG PINGAT SUKAN PARALIMPIK TERIMA HABUAN KERETA DAN RUMAH DARI NAZA

NurafikaAtlet & Jurulatih, Berita, Podium, Rio 2016

pic 1

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2016 –  Naza Corporation Holdings (Naza) menyampaikan ganjaran berjumlah hampir RM1.5 juta kepada tiga pemenang pingat emas dan satu gangsa pada temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil bulan lalu. Hanjaran tersebut disampaikan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit, SM Nasaruddin SM Nasimuddin dalam satu Majlis Penyerahan Sumbangan yang diadakan di Menara Naza. Tiga … Read More

Peng Soon – Liu Ying mara ke peringkat akhir badminton di Sukan Olimpik Rio

NurafikaAtlet & Jurulatih, Berita, Podium, Rio 2016

default pic

Beregu Campuran Negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying melakar sejarah apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah menewaskan saingan mereka dari China, Xu Chen-Ma Jin, dengan straight set, 21-12, 21-19. Mereka dilihat tidak mengalami kesukaran untuk menewaskan pasangan dari China itu dalam set yang pertama dengan menang mudah 21-12. Pada set kedua mereka menerima tentangan daripada pasangan dari … Read More

Pandelela, Jun Hoong sumbang pingat pertama buat Malaysia

NurafikaAtlet & Jurulatih, Berita, Rio 2016

default pic

RIO DE JANEIRO, 10 Ogos 2016 – Gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menceriakan kontinjen negara apabila menyumbang pingat pertama di temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro ini. Mereka berjaya meraih mata 52.80, 52.80, 76.50, 79.68 dan 82.56 untuk mengesahkan status sebagai pemenang pingat perak. Catatan mata ini bagaimanapun gagal menandingi China sebagai kuasa besar dalam sukan … Read More