KETIBAAN JUARA DUNIA TENPIN BOLING BERPASUKAN WANITA DISAMBUT MERIAH

Nur ZatilBerita, Podium

pict 1

SEPANG, 7 DISEMBER 2017: Juara Dunia yang baharu dinobat di Las Vegas minggu lalu iaitu skuad tenpin boling wanita negara yang diketuai Shalin Zulkifli tiba di ibunegara siang tadi dengan disambut meriah warga sukan negara dan peminat sukan tanahair. Kemenangan sebahagian besar atlet-atlet di bawah naungan Program PODIUM itu menamatkan kemarau 10 tahun emas acara berpasukan wanita yang pernah dimenangi … Read More

PROGRAM PODIUM: SKUAD HOKI LELAKI SEDIA SAHUT CABARAN

Nur ZatilBerita, Podium

PICT 1

Ketua pasukan hoki negara, Sukri Mutalib, menyahut cabaran untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas Institut Sukan Negara (ISN) mengumumkan skuad lelaki senior kebangsaan terpilih dalam Program Podium 2018.  Pemilihan skuad hoki menjadi tumpuan utama dalam senarai baru Program Podium, semalam. Ini bermakna The Malaysian Hockey Tigers perlu membalas kepercayaan ISN dengan merangkul pingat emas Sukan Asia Indonesia tahun … Read More

PROGRAM PODIUM BAKAR SEMANGAT CIKGU DIDIN

Nur ZatilBerita, Podium

PICT 1

KUALA LUMPUR: Kejayaan terpilih menyertai Program Podium, membakar semangat jaguh perseorangan badminton para SS6 (kerdil), Didin Terasoh, untuk mengulangi kejayaan menang pingat emas apabila beraksi di Kejohanan Badminton Para Dunia di Ulsan Kotea pada 22 November nanti Guru matematik di Sekolah Kebangsaan (SK) Bongkud, Ranau, Sabah itu mengakui amat terkejut dan terharu apabila dimaklumkan namanya tersenarai sebagai atlet di bawah … Read More

HAKIMI SEDIA AMBIL RISIKO PROGRAM PODIUM

Nur ZatilBerita, Podium

pict 1

KUALA LUMPUR: Pemegang rekod Asia Tenggara dalam acara lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail sudah bersedia dengan segala kemungkinan selepas disenaraikan dalam Program Podium. Hakimi mengakui bakal menerima tekanan lebih tinggi kerana prestasi menjadi antara perkara utama dinilai menerusi program kendalian Institut Sukan Negara (ISN) itu, namun menegaskan ia bukan halangan buatnya. “Agak selesa dan gembira apabila disenaraikan dalam Program Podium. … Read More

Atlet PODIUM Silat Olahraga harungi perlawanan kompetitif di Uzbekistan

NurafikaAtlet & Jurulatih, Berita, Podium

pic

Samarqand – Seramai lima orang atlet Program PODIUM bagi sukan Silat Olahraga yang terpilih berada di Uzbekistan selama 9 hari untuk menjalani kem latihan dan pertandingan bertaraf dunia sejak 9 April lalu. Mereka terdiri daripada Juara Dunia tiga kali Mohd Al-Jufferi Jamari, Siti Rahmah, Fauzi Khalid, Siti Humairah serta atlet baharu yang diserap masuk ke dalam Program PODIUM iaitu Razak … Read More

AZIZULHASNI DAN SHAH FIRDAUS SEDIA GEGAR KEJOHANAN BERBASIKAL TREK DUNIA HONG KONG 2017 #TWC2017

Nur ZatilBerita, Podium

MAIN 1

12 April 2017- Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang berada dalam tahap terbaik untuk memburu pingat emas pertamanya dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2017 di Hong Kong yang membuka tirai secara rasmi hari ini. Beraksi dalam dua acara iaitu keirin dan pecut individu, jaguh kelahiran negeri Terengganu ini optimis memburu pingat emas Kejohanan Dunia. Selepas beberapa kali terlepas pingat emas Kejohanan … Read More

117 Atlet Dipilih Sertai Program Podium 2017

IqbalAtlet & Jurulatih, Berita, Podium

photo

KUALA LUMPUR: Sejumlah 117 atlet dipilih menyertai Program Podium di bawah seliaan Institut Sukan Negara (ISN) tahun ini, berbanding 97 atlet tahun lepas, dengan matlamat untuk meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Senarai baru berkenaan menyaksikan 33 muka baharu diserap dalam program berprestasi tinggi itu, bagi menggantikan pemain skuasy wanita Delia Arnold dan atlet angkat … Read More

ISN UMUM KRITERIA PEMILIHAN ATLET PODIUM PROGRAM 2017

IqbalAktiviti & Program, Atlet & Jurulatih, Berita, Podium

photo

KRITERIA PEMILIHAN ATLET PODIUM PROGRAM 2017 Pengumuman ini bertujuan untuk memastikan setiap atlet berkemampuan menunjukkan berprestasi tinggi dalam menghasilkan pencapaian berkelas dunia semasa di Kejohanan Sukan Antarabangsa, melalui pendekatan berprestasi tinggi dan pengkaedahan saintifik. Ini adalah juga untuk memastikan Program PODIUM memilih atlet yang bukan sahaja pernah memenangi pingat pada masa lalu tetapi mungkin pada masa akan datang. Matlamat Prestasi Sukan Olimpik: Pingat Emas Pertama di Tokyo 2020 Sukan Komanwel: 10 Teratas … Read More

TAHNIAH Kontinjen Malaysia ‪#‎Rio2016‬

NurafikaBerita, Podium, Rio 2016

default pic

Kemenangan pingat Perak melengkapkan kejayaan Kontinjen Malaysia di edisi Sukan Olimpik #Rio2016. Prestasi atlet Malaysia pada edisi Sukan Olimpik kali ini merekodkan satu pencapaian terbaik yang pernah dilakukan sejak penyertaan kali pertama di edisi Melbourne 1956. Malaysia berjaya meraih lima pingat – empat perak menerusi gandingan penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara terjun 10 meter platform … Read More

Beregu Negara Meraih Pingat Perak

NurafikaBerita, Podium, Rio 2016

default pic

Rio de Janeiro, 18 Ogos 2016 – Pasangan beregu badminton negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya meraih pingat perak Olimpik setelah 20 tahun kemarau dalam kategori beregu lelaki. Kali terakhir, pasangan beregu Yap Kim Hock dan Cheah Soon Kit memenanginya pada edisi Sukan Olimpik Athens 1996. Beregu negara terpaksa akur kepada beregu China, Fu Haifeng-Zhang Nan yang … Read More