CHONG WEI TARIK DIRI DARIPADA TERBUKA CHINA

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, disahkan menarik diri daripada Kejohanan Terbuka China yang akan membuka tirai pada 15 November ini berikutan kecederaan hamstring yang beliau alami ketika bersaing di Terbuka Perancis, Oktober lalu.

Menurut beliau, penarikan diri daripada Terbuka China dilihat satu keputusan yang tepat kerana beliau eggan mengambil risiko dan tidak mahu terburu-buru sehingga kecederaannya mungkin berulang.

Mengikut kedudukan ranking yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk Siri Super Dubai, Chong Wei kini menduduki tangga kelima.

Baginya, tiada apa yang mahu dikejarkan lagi pada baki saingan tahun ini kerana matlamat utamanya adalah Kejohanan Dunia di Glasgow tahun hadapan.