HARRIF SALLEH DIPANTAU RAPI TEAMISN MESKIPUN DIBENARKAN BERLATIH KE MELBOURNE

IqbalAktiviti & Program, Atlet & Jurulatih, Berita, Komuniti

photo

14 JULAI 2017, BUKIT JALIL: Selepas hampir seminggu menjalani program pemulihan di bawah kendalian Institut Sukan Negara(ISN), pemenang dua pingat emas Sukan SEA Singapura Mohd Harrif Salleh menarik nafas lega selepas dibenarkan menyertai pasukannya, Terengganu Cycling Team(TSG) berlatih untuk Kem Fasa Akhir Kita Juara di Melbourne, Australia esok.

Harrif mendapatkan khidmat sains sukan daripada #TeamISN sejak Jumaat lalu susulan kecederaan retak tulang di bahagian belakang pinggang yang dialami pada ketika beraksi dalam Jelajah Korea bulan lalu.
Meskipun menunjukkan kesan positif, Harrif bagaimanapun tetap berada dalam pemantauan ISN dimana beberapa perkara perlu dilakukan agar kecederaannya pulih menjelang Sukan SEA bulan hadapan.

“Saya gembira pihak perubatan ISN membenarkan saya berlatih di Melbourne cuma ia perlu dilakukan dengan berperingkat. TEAMISN akan terus memantau keadaan harian saya dan akan berkomunikasi bersama jurulatih TSG, Jeremy Hunt untuk memberikan latihan khas agar ia sesuai dengan keadaan semasa saya,” kata Harrif.

“Keputusan ISN membenarkan saya berlatih di Melbourne sudah pasti melonjakkan semangat saya untuk mempersiapkan diri dalam keadaan terbaik agar dapat menyumbangkan pingat kepada Malaysia,” tambah Harrif.
Ketua pegawai operasi TSG Nasiruddin Wan Idrus turut yakin dengan semangat tinggi yang ditunjukkan pelumba berusia 28 tahun itu untuk beraksi di Sukan SEA.

“Dari laporan doktor yang kita terima pagi ini, Harrif menunjukkan kesan positif dimana kecederaannya agak pulih cuma sekarang beliau perlu dipantau dari segi prestasi. Kelemahan yang ada telah dikenalpasti dan akan diperbaiki dalam masa terdekat dengan latihan khas yang akan dibincangkan dengan jurulatih. Saya yakin semangat tinggi yang ditunjukkan Harrif untuk berada dalam skuad enam pelumba lebuhraya menggalas cabaran negara ke KL2017 bulan depan,” kata Nasiruddin.

Siang tadi Harrif bersama pihak pengurusan TSG bertemu Pengarah Bahagian Perubatan ISN, Dr. Arshad Puji di Bukit Jalil.
#poweredbyISN #Kitajuara #bangkitbersama #kl2017 #TeamMAS