HINDAR STRESS

8 CARA MUDAH & MURAH

Setiap orang yang mengalami stres bukan sahaja kerana masalah pekerjaan, tetapi mungkin juga dalam percintaan, perkahwinan ataupun keluarga. Jika dibiarkan berterusan, ia boleh membuatkan kesihatan fizikal akan menurun. Untuk menghilangkan stres, anda sanggup ke spa atau pusat peranginan atau rekreasi. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah, bahkan anda tidak perlu mengeluarkan wang.

 

  1. LAKUKAN RUTIN MENYENANGKAN

Setiap hari, anda pasti melakukan rutin yang anda suka seperti mandi air suam sebelum tidur, mendengar muzik kegemaran atau menonton telemovie kegemaran anda. Jadi, ketika stres, lakukan rutin yang menyenangkan sehingga membuatkan hati dan fikiran anda lebih tenang.

 

  1. CARI UDARA SEGAR

Keluarlah waktu pagi untuk mendapatkan udara yang segar. Menikmati pemandangan, suara burung, aroma pagi dan sinaran matahari waktu pagi dapat meningkatkan hormon serotonin. Kajian yang dilakukan oleh Washington State University mendapati, meletakkan tanaman di meja pejabat dapat menurunkan tekanan dan mengurangkan stres.

 

  1. JADIKAN KAKI & TANGAN SIBUK

Fikiran anda tidak berhenti daripada memikirkan perkara negatif. Untuk mengatasinya, alihkan fikiran anda dengan melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan tangan, kaki atau bahagian badan yang lain. Contohnya bergambar, naik dan turun tangga, memasak makanan sihat dan sebagainya. Gerakan ini akan membuatkan fikiran anda menjadi lebih rilek.

 

  1. BAYANGKAN TEMPAT TENANG

Bayangkan satu tempat yang membuatkan anda tenang. Contohnya pemandangan laut yang biru, pergunungan, taman bunga dan sebagainya. Tutup mata, fokuskan kepada pernafasan dan bayangkan tempat tersebut. Lakukan beberapa minit setiap hari.

Penelitian dari University of California, Los Angeles mendapati bahawa badan akan mengeluarkan lebih sedikit hormon stres (kortisol) ketika otak membayangkan tempat yang indah dan menenangkan.

 

  1. MANDI

Mandi dengan air hangat dengan menuangkan beberapa titis minyak aromaterapi atau lilin wangi di dalam tub mandi boleh menenangkan fikiran dan badan. Pilihlah haruman lavender atau melati kerana ia berkhasiat dan mengurangkan stres.

 

  1. SENAMAN

Senaman atau aktiviti fizikal dapat meningkatkan hormon endorphin sehingga membuatkan perasaan anda lebih baik. Hormon ini mengatur ritma tidur, meningkatkan tenaga dan membantu anda lebih tenang serta fokus. Pilih senaman yang anda suka dan carilah masa yang agak lapang daripada rutin kerja anda.

 

  1. BERSYUKUR

Penelitian dari National Institutes of Health mendapati bahawa seseorang yang menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih dapat meningkatkan aktiviti di hypothalamus. Hypothalamus adalah bahagian yang berfungsi dalam mempengaruhi tingkat stres. Anda boleh meluahkan rasa syukur dengan menulis nota kecil atau mengucapkan terima kasih kepada teman dan keluarga.

 

  1. MAKAN PISANG

Zat-zat yang terkandung dalam pisang meningkatkan pengeluaran hormon serotonin (kekurangan hormone ini akan membuatkan seseorang cepat marah dan lebih emosional). Bersarapan dengan sebiji pisang akan meningkatkan fungsi penghadapan dan pembuluh darah, sekaligus melindungi badan dari stres.

 

Sumber: Rapi/Bil.262