Konvensyen Industri Sukan Malaysia (Kismas 2009) Print
Rabu, 08 Julai 2009 16:27

Galeri Gambar klik di sini

Galeri Video klik di sini

KENYATAAN MEDIA

22 JULAI 2009


Lihat video secara "fullscreen" di www.isn.gov.my/tv

 

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) akan menganjurkan Konvensyen Industri Sukan Malaysia 2009 (KISMAS 2009) yang pertama pada 7 dan 8 Ogos 2009. Konvensyen yang julung kalinya diadakan di Malaysia ini akan berlangsung di Berjaya Times Square Convention Centre, Kuala Lumpur.

Objektif utama konvensyen ini ialah untuk menjana pembangunan sukan sebagai satu industri di Malaysia dengan lebih profesional, teratur, berkualiti, kompeten dan menguntungkan bagi semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung. Sesuai dengan tema, “Sukan Adalah Satu Industri”, konvensyen ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan perkembangan sukan dan membuka minda masyarakat bahawa sukan adalah satu industri yang besar nilainya.

Tidak ramai di kalangan masyarakat kita menyedari industri ini adalah satu industri yang besar nilainya dan telah mula berkembang di negara kita. Industri ini bukan sahaja berkaitan dengan industri pembuatan produk berkaitan sukan semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai komponen lain termasuklah perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri.

Di Amerika Syarikat (AS), industri sukan merupakan antara industri yang terbesar dan yang paling cepat membangun. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Sports Business Journal melaporkan nilai industri sukan di Amerika Syarikat pada tahun 2008 bernilai USD 213 bilion iaitu lebih dua kali ganda daripada industri kenderaan dan tujuh kali lebih besar daripada industri perfileman.

Sektor pengiklanan dikatakan mencatat USD 30.86 bilion, endorsmen (USD 1.1bilion), peralatan/ pakaian/kasut (USD 33.86 bilion), pembangunan kelengkapan (USD 3.35 bilion), Internet (USD 927 million), produk berlesen (USD13.9 bilion), hak penyiaran (USD 7.7bilion), perkhidmatan profesional (USD 17.5 billion), perbelanjaan penonton (USD 32.06 bilion), penajaan (USD 10bilion), perubatan (USD 14.7bilion), perjalanan (USD 19.27bilion), multimedia (USD 2.2billion), perjudian (USD 20.3 bilion) dan pengurusan (USD 25.85 bilion).

Di Malaysia terdapat pelbagai pihak, syarikat dan organisasi yang terlibat di dalam industri sukan. Namun begitu, sehingga kini kita tidak mempunyai sebarang data mengenainya secara khusus. Ketiadaan directory ini telah menyebabkan kita mengalami kesukaran untuk mendapatkan maklumat dan mengumpulkan pihak-pihak terbabit yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam Industri ini di bawah satu bumbung.
Justeru, pada konvensyen yang akan diadakan buat kali pertamanya ini, KBS akan menjemput pemimpin, pentadbir, pengurus dan pegawai dari persatuan-persatuan sukan, syarikat-syarikat korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLCs), pengeluar, pembekal, bank, insuran dan guaman serta badan bukan kerajaan (NGOs) untuk menyertai konvensyen ini. KBS juga ingin menjemput mereka yang terlibat di dalam Industri sukan untuk turut sama menjayakan konvensyen ini.


DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK

Y.B. MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


KISMAS 2009
Malaysia Sports Industry Convention 2009
Berjaya Times Square Convention Centre, KL
August 7-8, 2009
Friday, August 7th 2009
8.00am- 9.00amParticipant Registration
9:00am - 10:30am

1) Keynote: The Sports Industry Influence on A Nation’s Performance
Speaker : Dr. Martin Toomey
General Manager for High Performance in New Zealand (SPARC).

10.30am - 11.00amTea Break
11:30am - 12:30pm
2) Keynote Address by: The Most Honorable Prime Minister of Malaysia
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
12:30pm – 02:45pm

Friday Prayer / Lunch Break-Executive Round Tables

2:45pm - 3.45pm

3)Keynote: Sports Education – Empowering the Industry
Panels:
a) Dr. T.J. Rosandich (United States Sports Academy, USA)
Chairperson: Lt Col (Rtd) Wong Ah Jit (ISN)

3:45pm - 4:45pm

4) Panel Discussion: Business Strategies in Sports Industry - The Malaysian Scenario
Panels:
a) Y.Bhg. Dato’ Radha Krishnan (UFL)
b) Y.Bhg. Dato’ Dina Rizal (SportsUnite)
Chairperson: Y.Bhg. Dato’ Syed Nadzri (NSTP)

4.45pm - 5:30pm

5) Panel Discussion: Sports Medicine & Sports Science in Malaysia - Ringing the Changes
Panels:
a) Dr. Mohd Khairi Zawi (UiTM)
b) Assoc. Prof. Dr. John George (UM)
Chairperson: Prof. Rabindarjeet Singh (USM)

5:30pm - 6:15pm

6) Panel Discussion: Sports Marketing and Media Strategies in a Challenging Economy
Panels:
a) En. Azran Osman Rani, CEO AirAsia X Sdn. Bhd.
b) Mr. Adam Zecha, Executive VP, Head of Sales, South-East Asia, ESPN STAR Sports
Chairperson: Mr. Sanjay Raina, VP Marketing Astro

Saturday, August 8th
9:00am - 10:00am

7) Keynote: Managing the Commercialization and Maintenance of Sports Facilities
Speaker:
a) Mr. Steve Jones (Australia Institute of Sports)
Chairperson: Encik Mohd Salem Kailany (Sime Darby Property)

10.00am - 11.00am

8) Panel Discussion: Optimizing Private Enterprise in Sports Development
Speakers:
a) Mr. Ted Meekma (Consultant Sime Darby, formerly IMG)
b) YAM Tunku Tan Sri Imran Ibni Al-Marhum Tuanku Jaafar (Sports Excel)
Chairperson: Y.Bhg. RAdm Dato’ Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah (Deerama Corp)

11.00am - 12.00pm

9)Panel Discussion: Event Management and Sports Tourism
Panels:
a) En. Keld Kristiansen (Carbon Worlwide)
b) Y.Bhg. Dato’ Peter Gilmore (T-Best)
Chairperson: Puan Wan Zaleha Radzi (Asia Promote)

12.00pm—1.00pm

CLOSING : Luncheon Address by The Honourable Youth & Sports Minister
YB. Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Note: Updated on 4rd August 2009, TBC = To Be Confirmed

 
Increase Font Size Option 5 Reset Font Size Option 5 Decrease Font Size Option 5


Multimedia

Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Hakcipta
© 2010 Institut Sukan Negara. Semua Hakcipta Terpelihara.
Paparan terbaik 1024x768 menggunakan Internet Explorer 8 dan terkini atau Mozilla Firefox 3 dan terkini.