Program Pencarian Bakat Bagi Sukan Orang Kurang Upaya Print
Saturday, 28 June 2008 23:45

 Program perintis melahirkan bakat dalam sukan OKU

Untuk memperbanyakkan lagi bakat-bakat dalam sukan OKU, maka satu program pencarian bakat telah dijalankan pada 25hb Ogos 2007, bertempat di Pusat latihan Perindustrian dan Pemulihan, Bangi. Majlis ini telah dilancarkan oleh Dato’ Zainal Abu Zarin yang merupakan CEO, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). Program ini telah dijalankan dangan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Unit Sukan OKU,Institut Sukan Negara Malaysia serta dibantu oleh MPM dan juga Universiti Teknologi MARA,Malaysia.

Dalam ucapannya, Dato Zainal Abu Zarin amat gembira dengan program yang dijalankan buat pertama kalinya di negara ini, dengan tujuan untuk mencari bakat-bakat yang boleh diketengahkan untuk mewakili negara kelak. Beliau juga mahukan program seumpama ini diteruskan dengan penambahan kepada beberapa siri setiap tahun agar lebih ramai bakat dapat dicungkil, serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ISN kerana membantu dalam menjalankan program ini.

Program ini dikendalikan oleh Unit OKU, Institut Sukan Negara Malaysia dibawah En.Nagoor Meera Abdullah, serta dibantu oleh seramai 40 pelajar dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Tidak ketinggalan juga, program ini dibantu oleh Jabatan Penyediaan Atlet, Majlis Paralimpik Malaysia.

Seramai 111 orang peserta dari pelbagai jenis kecacatan (seramai 98 peserta lelaki dan 13 peserta wanita) telah mendaftarkan diri dan mengambil bahagian dalam program kali ini. Kesemua peserta datangnya dari sekitar lembah Klang. Sebanyak 23 jenis ujian kemampuan am atau general ability test telah diuji . ia merangkumi ujian am seperti ujian depan lengan, baling bolakeranjang atas dada, baling bolakeranjang atas kepala, lari /mengayuh kerusi roda pecut 20m,30m,50m, uji kekuatan genggaman tangan,lompatan menegak/vertical jump test, serta baling bola kriket.

Rata-rata peserta menunjukkan kesungguhan yang terpuji dalam melakukan kesemua ujian-ujian yang telah diatur. Kesemua peserta berjaya menamatkan kesemua ujian tersebut, tanpa rasa sukar. Program tersebut tamat pada jam 2 petang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Increase Font Size Option 5 Reset Font Size Option 5 Decrease Font Size Option 5


Multimedia

Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright
Copyright © 2010 National Sports Institute Of Malaysia. All Rights Reserved.
Best viewed in 1024x768 Resolution using Internet Explorer 8 and latest or Mozilla Firefox 3 and latest