INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN) MEMETERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BERSAMA YAKULT MALAYSIA, UNIVERSITI MONASH MALAYSIA DAN UMP CONSULTANCY & TRAINING SDN BHD

Nur ZatilBerita

MAIN 1

PUTRAJAYA, 3 Julai 2017 (Selasa) – Institut Sukan Negara (ISN) memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Yakult Malaysia, Universiti Monash Malaysia dan UMP Consultancy & Training Sdn Bhd di Hotel Marriot Putrajaya hari ini.

MOU ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dato’ Dr. Mohd Khairi Zawi dan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

PERJANJIAN MOU ISN-YAKULT MALAYSIA

Institut Sukan Negara (ISN) mengumumkan perjanjian kerjasama selama tiga tahun bersama Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. sebagai minuman probiotik rasmi ISN dan minuman probiotik pilihan Atlet Negara.

Tajaan berupa 100,000 botol Yakult Ace Light yang bernilai RM94,000 setahun itu bermula pada Ogos 2017 sehingga Ogos 2020.

Memorandum ini merupakan yang pertama seumpamanya berupa minuman probiotik yang pernah dilaksanakan oleh ISN.

Hadir dalam majlis hari ini, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Encik Hiroshi Hamada.

PERJANJIAN MOU ISN-UNIVERSITI MONASH MALAYSIA

Institut Sukan Negara (ISN) dan Universiti Monash menjalin kerjasama MOU selama tiga tahun di dalam beberapa aspek seperti Penyelidikan.

Kerjasama ini mensasarkan untuk mempromosi penyelidikan bersama dan aktiviti pendidikan berkaitan sukan dan kesihatan di kalangan orang ramai.

Antara lain, peranan MOU ini adalah untuk menyediakan landasan kerjasama melalui jemputan lawatan jangkamasa pendek oleh fakulti, penyelidik, kakitangan, tenaga pengajar dan penganjuran persidangan, kolokium, simposium atau beberapa akitiviti penyelidikan.

Hadir dalam majlis hari ini adalah Presiden dan Naib Pro Canselor, Professor Andrew Walker.

PERJANJIAN MOU ISN & UMP CONSULTANCY & TRAINING SDN.BHD

Kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) dan UMP Consultancy & Training Sdn. Bhd. adalah dari aspek kepakaran universiti dalam merekabentuk perisian ISN TALENT COMPASS yang akan berfungsi menyediakan pangkalan data (DATABASE) bagi atlet-atlet yang berpotensi seramai 500,000 orang.

Pangkalan data ini bertujuan mengenalpasti bakat atlet-atlet yang berpotensi mengikut keperluan sukan dan bakat yang dikenalpasti.

Hadir mewakili UMP Consultancy & Training Sdn. Bhd. dalam majlis hari ini adalah Prof. Dr. Zahari Taha yang merupakan Ketua Projek PERISIAN TALENT COMPASS.