ISN ANJURKAN KURSUS AKREDITASI INTERNATIONAL SOCIETY FOR THE ADVANCEMENT OF KINANTHROPOMETRY (ISAK)' TAHAP 1 SIRI 2/2017

Nur ZatilBerita

Disediakan oleh Nor Ikhsan Mohd Noor dan Suresh Marathamuthu dari Pusat Pendidikan Profesional, Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan, Institut Sukan Negara

 

7 DISEMBER 2017, BUKIT JALIL: Institut Sukan Negara(ISN) melalui Pusat Pendidikan Profesional,Bahagian Penyelidikan & Pendidikan dengan kerjasama Pusat Pemakanan Sukan, Bahagian Prestasi Sukan telah menganjurkan kursus Akreditasi ‘International Society For The Advancement of Kinanthropometry (ISAK)’ Tahap 1 Siri 2/2017 dari 5 hingga 7 Disember 2017.

Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta meningkatkan kecekapan dan ketepatan dalam ujian pengukuran komposisi tubuh dengan menggunakan prosedur piawaian yang diiktiraf oleh badan antarabangsa iaitu ‘International Society For The Advancement of Kinanthropometry (ISAK)’.

Di samping itu juga, kursus ini dapat mengakreditasikan para peserta yang berjaya bagi mendapat pensijilan ISAK tahap 1.

Tenaga pengajar bagi kursus ini, Puan Chai Wen Jin mempunyai pensijilan ISAK tahap 3 dan merupakan pegawai pemakanan Sukan di Institut Sukan Negara.

Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang pegawai pemakanan ISN dan 8 orang peserta luar yang terdiri daripada pensyarah, pegawai penyelidik dan pelajar dari universiti awam dan swasta telah menghadiri kursus ini.

Sepanjang kursus ini para peserta didedahkan dgn ilmu pengetahuan dan kemahiran secara teori dan praktikal berkaitan asas pengukuran antropometri atau komposisi badan.

Bagi melayakkan peserta untuk mendapat sijil ISAK tahap 1 ini, para peserta telah menjalani ujian penilaian praktikal.

Secara keseluruhannya, kesemua para peserta telah berjaya melengkapkan kursus dengan jayanya.

 

#TEAMISN #poweredbyISN