ISN BERI PELUANG ORANG RAMAI DEKATI TEKNOLOGI SUKAN MENERUSI NICE EXPO’17

KUALA LUMPUR, 16 OKT 2017: Institut Sukan Negara(ISN) meneruskan usaha mempromosikan peranannya sebagai Peneraju Teknologi Sukan di Malaysia menerusi pameran “National Innovation and Creative Economy (NICE) Expo’17” anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Nice Expo’17 yang berlangsung lima hari bemula 12 sehingga 16 Oktober 2017 di Taman Teknologi Malaysia itu menggunakan tema ‘Negaraku Berinovasi’ sekaligus bertepatan dan selari dengan hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Disamping itu, turut diketengahkan adalah usaha ISN memperkenalkan penyelidikan dan pembangunan teknologi sukan yang dijalankan.

Antara produk yang diperkenalkan adalah “Mid Thigh Pull Equipment” yang merupakan naib johan dalam pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif Kebangsaan peringkat Kementerian Belia dan Sukan(KBS) pada tahun 2016.

Turut diperkenalkan produk ‘Wireless Axis 360 Motion Control at the Tripod’ dan ‘Integrated Wireless SRM to the Monitoring System’. #PoweredByISN #TeamISN