ISN LECTURE SERIES SIRI OKTOBER 2017 BERSAMA DR. TOSHIHISA OTA DARI JEPUN

Disediakan oleh Nor Ikhsan Mohd Noor dan Suresh Marathamuthu dari Pusat Pendidikan Profesional, Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan, Institut Sukan Negara

ISN Lecture Series 8/2017 telah berlangsung semalam dengan kehadiran seramai 100 orang peserta. Program ini dihadiri oleh wakil-wakil persatuan sukan, atlet, jurulatih, pengurus sukan, pelajar-pelajar universiti dan kakitangan Institut Sukan Negara (ISN). Pada siri kali ini ISN telah menjemput Dr. Toshihisa Ota, Senior Researcher, Yakult Central Institute seorang penyelidik terkemuka dari Yakult Central Institute (YCI).

Dr. Toshihisa Ota telah menyertai Yakult Central Institute (YCI) pada tahun 1994 di mana beliau membuat kajian berkaitan penyakit berjangkit, karsinogenesis dan pencegahan kanser. Pada tahun 2003, beliau menyertai Bahagian Pengurusan YCI untuk menyelaraskan projek penyelidikan termasuk kajian klinikal manusia untuk menilai aktiviti kawal selia probiotik pada fungsi usus, komposisi mikrobiota dan sistem imun. Beliau bekerja di Yakult Eropah antara 2014 sehingga 2016 dan telah menjadi Penyelidik Kanan YCI dan Pengurus Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Yakult Honsha Japan sejak September 2016. Beliau juga merupakan pakar dalam penyelarasan global kajian klinikal dan penyiasatan tuntutan kesihatan sistem peraturan.

Dalam program ini, beliau telah menyampaikan satu tajuk yang sangat menarik iaitu From Gut Health to Cancer Prevention – The 80 – Year Evolution of Key Probiotic Strains.   

Pada penghujung program, Dr. Yeo Wee Kian (Pengarah Akademi Kejurulatihan) telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Dr. Toshihisa Ota dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua peserta yang hadir pada ceramah ini.

#TEAMISN #poweredbyISN