ISN PANTAU PERANCANGAN PERKHIDMATAN SAINS DAN PERUBATAN SUKAN DI PALEMBANG

Nur ZatilBerita

PICT 1

PALEMBANG, 20 MAC 2018: Hari ini genap 150 hari menjelang temasya terbesar Asia iaitu Sukan Asia yang akan berlangsung di dua lokasi iaitu Jakarta dan Palembang Indonesia.

Bagi memastikan keperluan kontinjen negara berada dalam keadaan terbaik, Institut Sukan Negara (ISN) melakukan pemantauan tahap kesediaan venue pertandingan di Jakabaring Sports City(JKC) sepanjang minggu lalu yang diketuai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, En. Ahmad Zawawi Zakaria yang turut disertai Ketua Cawangan Prestasi Tinggi ISN merangkap Sekretariat Sukan Asia ISN, En. Mohamad Fawwaz Jamal.

Secara keseluruhannya Palembang telah bersedia untuk menghadapi temasya Sukan Asia dimana di Palembang, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia 2018 (INASGOC) menyediakan tiga blok penginapan atlet iaitu di Wisma atlet Jakabaring, blok penginapan Rusunami dan blok penginapan Rusunawa yang mampu menempatkan hampir 3000 atlet dan pegawai.

Penganjur juga turut melaksanakan beberapa siri ujian pertandingan di venue pertandingan yang telah siap seperti bagi sukan Tenpin Bowling.

Konsep JSC adalah berpusat dimana kesemua 12 acara sukan diadakan di dalam kawasan Jakabaring Sports City.

Dari segi pergerakkan kontinjen,INASGOC memberi jaminan pengangkutan yang lebih efektif akan digunakan dengan mengenengahkan konsep mesra alam ‘GO GREEN’.

ISN telah mengenal pasti penginapan kontijen luar yang terletak di lokasi yang dinamakan OPI Indah dengan jarak lokasi 5km ke JAKABARING dimana ia menjadi lokasi strategik untuk menempatkan pegawai sains dan perubatan sukan untuk memberi perkhidmatan kepada kontinjen negara.

#PoweredByISN #TakeThePodium