ISN TERIMA KUNJUNGAN DARI UKM

BUKIT JALIL, 15 Mac 2017 – Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Dr. Khairi Zawi menerima kunjungan hormat dari pihak Universiti Kebangsaan Malaysia di sini semalam.

Pihak UKM telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Abd. Hair Awang, Pengerusi Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.

Turut sama hadir ke mesyuarat tersebut ialah Prof. Dr. Mastura Mahmud, Prof. Dr. Zulkifley Hamid serta Pengarah-Pengarah Bahagian ISN.

Di mesyuarat itu membincangkan kolabarasi usulan penyelidikan di antara dua institusi khususnya dalam bidang sains sukan. Sebelum itu, pihak UKM telah dibawa melihat servis-servis sains dan perubatan sukan di ISN.

#TeamISN