JEMPUTAN PENCERAMAH PROGRAM ISN LECTURE SERIES BULAN DISEMBER SIRI 09/2017 BERSAMA PROF. DR. JESSICA VAN OOSTERWIJCK DARI BELGIUM

Nur ZatilBerita

pict 1

Disediakan oleh Nor Ikhsan Bin Mohd Noor dan Suresh Marathamuthu dari Pusat Pendidikan Profesional, Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan, Institut Sukan Negara

 

BUKIT JALIL, 8 Disember 2017 – ISN Lecture Series 9/2017 telah dianjurkan dengan kehadiran seramai 100 orang peserta. Program ini dihadiri oleh Persatuan Sukan, Atlet, Jurulatih, Pengurus Sukan, pelajar-pelajar universiti dan staf ISN.

Dalam siri akhir bagi tahun ini ISN telah menjemput Prof. Dr. Jessica Van Oosterwijck, Penyelidik Kanan, Department of Rehabilitation Science and Physiotherapy, Faculty of Medicine and Health Sciences, Ghent University, Belgium.

Prof. Dr. Jessica Van Oosterwijck mendapat kelulusan Sarjana Sains dalam bidang Fisioterapi (Magna cum laude) di University College Antwerp (Belgium) pada tahun 2006.

Beliau memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang Sains Pemulihan dan Fisioterapi pada tahun 2011 di Vrije Universiteit Brussel (Belgium) dengan disertasi mengenai kesakitan kronik dan pemekaan pusat.

Topik penyelidikan utama beliau ialah mekanisme sistem saraf pusat kesakitan dan keletihan, patofisiologi senaman, interaksi sakit dan pemulihan dalam populasi kesakitan kronik seperti mereka yang menderita sindrom keletihan kronik, fibromyalgia, gangguan berkaitan whiplash kronik, sakit belakang yang kronik dan berulang, osteoartritis dan penyakit pulmonari obstruktif kronik.

Kepakaran beliau meliputi kaedah penyelidikan yang berbeza untuk menilai kesakitan, faktor psikologi, tahap aktiviti fizikal, keupayaan latihan, fungsi autonomi, fungsi otot dan struktur otak.

Dalam program ini, beliau telah menyampaikan satu topik yang sangat menarik iaitu ‘The Chronification of Low Back Pain: Necessity of a Biopsychosocial Approach’.

Dalam pembentangan ini, Prof Jessica merumuskan terapi senaman yang mensasarkan pembetulan perubahan yang dikenal pasti dalam pengaktifan otot, perubahan dalam kawalan otot superficial dan pengoptimuman postur dan pergerakan dapat disokong oleh intervensi psychoeducational yang menekankan tentang pain neurophysiology dan tingkah laku dan penerimaan terhadap kesakitan.

Pada penghujung program, Dr. Yeo Wee Kian (Pengarah Akademi Kejurulatihan) telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Prof. Dr. Jessica Van Oosterwijck dan disusuli dengan lawatan ringkas ke Makmal Bersepadu ISN seperti Whole Body Cryotherapy Lab (Makmal Ais) and Environmental and Altitude chamber.