KBS RAIKAN ANAK-ANAK YATIM BERSAMA SELURUH WARGA SUKAN NEGARA

Nur ZatilBerita

MAIN 1

14 Jun 2017, BUKIT JALIL: Kementerian Belia dan Sukan(KBS) meraikan 43 anak yatim dari Persatuan Pertubuhan Islam Buah Hatiku Selangor dalam Majlis Berbuka Puasa KBS di perkarangan Majlis Sukan Negara(MSN) semalam.

Sumbangan kepada anak-anak yatim disampaikan Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin bersama isteri Pn. Nori Tun Abdullah.

Hadir sama dalam majlis semalam, Pengerusi Lembaga Institut Sukan Negara(ISN), Dato Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif ISN Dr. Mohd Khairi Zawi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, En. Ahmad Zawawi Zakaria.

Majlis berbuka KBS kali ini turut dihadiri seluruh warga sukan negara termasuk atlet, jurulatih dan pegawai sukan.

Antara nama-nama besar yang turut memeriahkan majlis jaguh skuasy negara, Datuk Nicol David dan legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dan Jalani Sidek.

YB Khairy turut meluangkan masa bertemu keluarga mendiang Ronald Fauvel, Pakar Terapi Tisu Lembut dari bahagian PODIUM ISN yang meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan pada 1 Jun 2017.