KEJAYAAN WIRA DAN WIRAWATI NEGARA DIRAIKAN PENUH MERIAH SELURUH WARGA SUKAN NEGARA

Nur ZatilBerita

MAIN 1

24 JULAI 2017, SEPANG: Tiga sambutan wira dan wirawati negara diraikan meriah seluruh warga sukan tempatan di KLIA siang tadi bagi menghargai sumbangan atlet-atlet negara yang menempa kejayaan di peringkat antarabangsa dalam kejohanan-kejohanan yang berlangsung sejak minggu lalu.

Sambutan dimulakan dengan ketibaan skuad terjun negara yang beraksi di Kejohanan Dunia FINA di Budapest, Hungary kira-kira jam 3.30 petang dimana kejayaan atlet kelahiran Perak, Cheong Jun Hoong menjadi tumpuan muncul juara dunia dalam acara 10 meter platform wanita mengenepikan monopoli jaguh-jaguh dari China. 

Ia diikuti dengan ketibaan skuad bola sepak bawah 23 tahun kendalian Datuk Ong Kim Swee yang beraksi di Kelayakan Kejohanan Bola Sepak AFC bawah 23 tahun di Bangkok, Thailand kira-kira jam 5.30 petang. Skuad bola sepak bawak 23 tahun negara mencipta sejarah apabila buat pertama kali layak ke Piala Asia bawah 23 di China tahun depan selepas muncul juara Kumpulan H dalam kempen kelayakan di Bangkok. Ia juga adalah merupakan pertama kali Malaysia mara ke pentas akhir Kejohanan AFC B-23 selepas gagal pada kelayakan tahun 2013 dan 2015.

Skuad olahraga paralimpik yang turut tiba serentak siang tadi turut diraikan susulan kejayaan membawa dua pingat emas menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly dalam Kejohanan Dunia Olahraga Para IPC di London.

Hadir menyambut ketibaan wira dan wirawati negara, Menteri Belia dan Sukan, Brig Jen Khairy Jamaluddin, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato Lokman Hakim Ali, Ketua Pengawai Eksekutif Institut Sukan Negara(ISN) Dr. Mohd Khairi Zawi, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Chef De Mission Malaysia di Sukan SEA, Datuk Marina Chin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Dato’ Seri Shahidan Kassim Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

#TeamMAS#Negaraku#takethepodium#poweredbyISN#KL2017#Bangkitbersama