Kejohanan Pesta Bola Merdeka 2013

Bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-56, akan diadakan Kejohanan Pestabola Merdeka 2013. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang tertua di peringkat asia dan kali terakhir diadakan adalah pada tahun 2008 iatu peringkat akhir diantara Malaysia dan Vietnam tetapi keputusan akhir perlawanan hanya 0-0.

 Di kejohanan ini, ISN telah menghantar seorang pegawai sains sukan dari Bahagian Analisa Sukan bagi membantu pasukan negara memenangi kejohanan ini. Tugas yang akan dilakukan oleh pegawai sukan tersebut ialah merakam serta menganalisis perlawanan untuk mengesan kelemahan serta kelebihan pasukan Malaysia dan pihak lawan.

 Pada tahun ini sebanyak 4 negara telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Pestabola Merdeka ini. Kejohanan ini akan berlangsung selama 4 hari dan pada tahun ini Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang telah dipilih untuk dijadikan tempat kejohanan.

 Berikut jadual perlawanan untuk Kejohanan Pestabola Merdeka 2013:

 7 September 2013

Malaysia vs Singapura (Stadium Darul Makmur, Kuantan, 5.30 petang)

Thailand vs Myanmar (Stadium Darul Makmur, Kuantan, 8.45 malam)

 9 September 2013

Thailand vs Singapura (Stadium Darul Makmur, Kuantan, 5.30 petang)

Malaysia vs Myanmar (Stadium Darul Makmur, Kuantan, 8.45 malam)

 11 September 2013

Malaysia vs Thailand (Stadium Darul Makmur,Kuantan, 8.45 malam)

Singapura vs Myanmar (Stadium Temerloh, Temerloh, 8.45 malam)

 14 September 2013

Penentuan 3 / 4 (Stadium Darul Makmur, Kuantan, 5.30 petang)

Akhir (Stadium Darul Makmur, Kuantan, 8.45 malam)

 Juara Pestabola #Merdeka 1957 – 2008

1957 – Hong Kong

1958 – Malaya

1959 – Malaya

1960 – South Korea & Malaya

1961 – Indonesia

1962 – Indonesia

1963 – Taiwan

1964 – Burma

1965 – South Korea & Taiwan

1966 – South Vietnam

1967 – South Korea & Burma

1968 – Malaysia

1969 – Indonesia

1970 – South Korea

1971 – Burma

1972 – South Korea

1973 – Malaysia

1974 – Malaysia

1975 – South Korea

1976 – Malaysia

1977 – South Korea

1978 – South Korea

1979 – Korea Republic B & Malaysia

1980 – Morocco

1981 – Iraq

1982 – Santa Catarina XI

1983 – Buenos Aires XI

1984 – Korea Republic U-23

1985 – Korea Republic U-23

1986 – Malaysia

1987 – Czechoslovakia Olympic

1988 – Hamburger SV

1989 & 1990 – Not Held

1991 – SK Admira Wacker

1992 – Not Held

1993 – Malaysia

1994 – Not Held

1995 – Iraq

1996 to 1999 – Not Held

2000 – New Zealand

2001 – Uzbekistan

2002 to 2005 – Not Held

2006 – Myanmar

2007 – Malaysia U-23

2008 – Vietnam U-23