Kerjasama antara ISN dan Universiti Putra Malaysia

SERDANG, 16 Mei 2016 – Institut Sukan Negara ( ISN ) telah mengadakan perbincangan mengenai Kerjasama antara ISN – Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Perkhidmatan & Penyelidikan Perubatan & Sains Sukan serta lawatan ke Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, UPM.

Perbincangan tersebut memberi peluang ISN dan UPM untuk memperkukuh dan merencana hala tuju masa depan dalam kita bergerak maju untuk membentuk perkongsian strategik.

Dalam perbincangan itu, ISN diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, YBhg. Dr. Khairi Zawi, manakala UPM diwakili oleh Profesor Dato’ Dr. Abdul Jalil Nordin, Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (Pengerusi Mesyuarat) serta Profesor Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Antarabangsa).

Diharapkan inisiatif kerjasama ini akan memberikan manafaat yang sebaiknya dan semaksimum mungkin dalam usaha untuk memajukan sukan di negara ini.

#TeamISN
#TeamKBS

#DemiSukanNegara

ISN_UPM3     ISN_UPM2