KURSUS BAHASA INGGERIS : EFFECTIVE LETTERS & EMAILS IN ENGLISH

Pada 15 dan 16 Oktober yang lalu telah berlangsung satu kursus Bahasa Inggeris anjuran Cawangan Pengurusan Penyelidikan (CPP), Bahagian Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi Sukan di Bilik Seminar 1, Institut Sukan Negara (ISN). Kursus yang memberi tumpuan kepada penulisan surat dan emel rasmi yang efektif ini telah dihadiri oleh 24 orang kakitangan yang disenarai pendek oleh penganjur.

Kursus penulisan Bahasa Inggeris ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar yang dijemput khusus dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) iaitu Cik Dzurina Razuan yang berpengalaman melebihi 20 tahun di dalam bidang ini. Pengisian kursus ini terbahagi kepada 2 aspek iaitu tatacara penulisan surat rasmi pada hari pertama kursus sementara tatacara penulisan emel rasmi diberi penekanan pada hari kedua kursus.

Pada dasarnya, keutamaan penyertaan kursus penulisan Bahasa Inggeris ini diberi kepada kakitangan ISN yang berjawatan setiausaha dan terbuka kepada semua kakitangan ISN yang lain di kalangan gred 17 – 40.

Disediakan oleh Dzul Syazwan Bin Mat Sah, Cawangan Pengurusan Penyelidikan (27 Oktober 2014)