Peng Soon – Liu Ying mara ke peringkat akhir badminton di Sukan Olimpik Rio

Beregu Campuran Negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying melakar sejarah apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah menewaskan saingan mereka dari China, Xu Chen-Ma Jin, dengan straight set, 21-12, 21-19.

Mereka dilihat tidak mengalami kesukaran untuk menewaskan pasangan dari China itu dalam set yang pertama dengan menang mudah 21-12.

Pada set kedua mereka menerima tentangan daripada pasangan dari China dengan ketinggalan 10-6 pada suatu ketika.

Namun, mereka mengekalkan fokus dengan mengikat satu sama lain dengan mata yang sama sehingga dengan mata yang kesudahannya berpihak pada beregu campuran negara Peng Soon-Liu Ying.

Walaupun, Liu Ying mengalami kecederaan mereka menyifatkan kejayaan mereka menewaskan kejayaan mereka menewaskan pasangan dari China itu hasil persiapan yang rapi.

Pada masa yang sama, Liu Ying berterima kasih kepada ISN kerana membantu beliau dalam sesi pemulihan fisioterapi serta siap sedia dari segi psikologi.

Gandingan negara akan bertemu pasangan dari Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, di perlawanan akhir pada 17 Ogos 2016.