banner

Menjalankan kajian aplikasi sains dalam bidang sukan, sebagai usaha untuk mengoptimumkan prestasi atlet negara di samping menerbitkan penulisan ilmiah serta membudayakan penyelidikan, pendidikan dan inovasi di kalangan warga ISN. Peranan ini dapat memandu hala tuju program serta aktiviti penyelidikan dan inovasi di ISN, memberi peluang kepada pegawai penyelidik untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan lagi.

Objektif ini termasuk merencana, merancang aktiviti dan menggalakkan inovasi di kalangan warga ISN melalui penyelidikan untuk meningkatkan prestasi atlet serta penerbitan penulisan di peringkat ISN khususnya.

ISN Research Output

WordPress Responsive Table

MAKMAL ENVIRONMENTAL & ALTITUDE
Makmal environmental & altitude direka sesuai untuk latihan atletik dan penyelidikan sains sukan yang memerlukan rangsangan dari keadaan persekitaran yang berbeza seperti julat suhu,  kelembapan, paras ketinggian, kelajuan angin dan radiasi matahari. Rangsangan ini juga termasuk kawalan tahap CO2 dan O2 (latihan altitude).

Makmal ini digunakan untuk atlet menjalankan latihan dengan menggabungkan latihan berintensiti, dengan stress ketinggian, perubahan suhu serta kelembapan. Latihan sebegini menunjukan peningkatan hemoglobin sekitar 1% per minggu. Ketika atlet tersebut bertanding di dataran rendah, tubuhnya masih memiliki jumlah hemoglobin yang tinggi. Dengan kata lain tubuhnya dengan mudah mengikat oksigen. Hal ini mengakibatkan endurance atlet meningkat dan merangsang penggunaan oksigen lebih efisien pada otot. Selain itu, para saintis juga menggunakan makmal tersebut untuk mengendalikan penyelidikan untuk memenuhi keperluan atlet dan jurulatih dengan menyediakan maklumat yang berasaskan bukti saintifik ke atas peningkatan prestasi sukan atlet secara spesifik.

MAKMAL FISIOLOGI GUNAAN

Objektif utama perkhidmatan sokongan fisiologi gunaan adalah untuk membantu atlet dan jurulatih mengenalpasti keperluan fisiologi yang tertentu dalam sukan yang diceburi dan faktor-faktor yang menentukan pencapaian yang cemerlang dalam sukan tersebut. Perkhidmatan yang disediakan adalah:

  1. Pengukuran dan penilaian fisiologi bertujuan untuk membantu para atlet dan jurulatih lebih memahami dan mengenalpasti keperluan fisiologi yang tertentu dalam sukan yang disertai.
  2. Pemantauan prestasi sukan semasa latihan/pertandingan untuk memantau perubahan dan adaptasi fisiologi serta tahap tekanan fisiologi ke atas atlet semasa sedang menjalani latihan/pertandingan.
  3. Latihan tambahan untuk prestasi optima membantu para jurulatih menyediakan dan mengendalikan latihan tambahan yang sesuai untuk mempertingkatkan prestasi atlet secara optima dalam persediaan mereka ke pertandingan yang penting.

MAKMAL LIQUID CHROMATOGRAPHY/MASS SPECTOGRAPHY (LCMS/MS)

Makmal Liquid Chromatography/Mass Spectography(LCMS/MS)  direka khusus untuk penyelidikan dan inovasi termasuklah mengesan 200 jenis dadah terlarang yang di senaraikan oleh WADA antara contohnya steroid, stimulant dan  diuretik di dalam suplemen atlet yang mana boleh mengundang kepada isu doping di kalangan atlet.  Selain itu, makmal ini juga terlibat dalam penyelidikan mengesan metabolomik badan sebelum dan selepas bersukan.

Jenis bahan terlarang yang paling biasa tercemar dalam suplemen atlet yang diramalkan akan menimbulkan kesukaran doping di kalangan atlet adalah anabolic-androgenic steroids (AAS), diuretik, dan bahan perangsang. Sebagai hasilnya, makmal ini menyediakan ujian makanan-makanan pada tahap pengesanan yang rendah untuk anabolic-androgenic steroids (68 sebatian) dan diuretik (23 sebatian). Pada masa akan datang, makmal ini akan menawarkan pengujian makanan-ubat perangsang dan perangsang yang ditentukan. Ujian ini kini tersedia untuk masyarakat umum yang ingin menentukan sama ada produk tambahan mereka mengandungi ubat-ubatan haram atau tidak.

Ujian ini akan menyokong industri sukan Malaysia kerana ianya dapat membantu atlet dalam memilih bahan yang selamat dan bebas daripada agen doping. Ujian saringan untuk suplemen atlet sebelum diberikan kepada atlet akan membantu mencegah doping di kalangan atlet. Hasilnya, perkhidmatan ini akan membantu industri sukan nasional dalam mencapai atlet bebas doping.

MAKMAL BIOKIMIA

Makmal Biokimia memainkan peranan penting dalam meberikan perkhidmatan ujian biokimia merangkumi ujian laktat/glukosa (lactate/glucose), ujian kortisol dan testosteron serta ujian kreatin kinase bagi para atlet. Di makmal, ujian laktat dilakukan bersama-sama dengan ujian VO2 Max dengan menggunakan treadmill atau basikal pegun. Dengan ini, sampel darah akan diambil dan diukur paras laktat darah yang terbina mengikut protokol yang dijalankan. Ujian kortisol dan testosterone pula dijalankan dengan mengesan hubungkait antara keduanya hormon terhadap latihan yang dijalankan. Kreatin kinase pula diuji bagi mengesan kerosakan otot di dalam badan.

MAKMAL HUMAN MOVEMENT

Makmal ini didirikan bagi tujuan untuk membantu menilai, mengukur, dan memantau prestasi atlet/kemahiran dan elemen kecederaan dengan dibuat menggunakan peralatan berteknologi tinggi,canggih dan terkini. Makmal ini digunakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai Pusat Biomekanik Sukan yang bertanggungjawab di dalam memberikan perkhidmatan biomekanik sukan dan menjalankan aktiviti-aktiviti  penyelidikan.

Objektif makmal ini adalah untuk mengukur dan menilai parameter kinematik dan kinetik di dalam pergerakan atau kemahiran yang dilakukan oleh atlet atau subjek. Di antara peralatan-peralatan yang terdapat di makmal “Human Movement” adalah seperti sistem kamera infra merah (Qualisys motion analysis system), “forceplate form”, mesin isokinetik, “instrumented treadmill” dan sistem “myomotion”. Di antara ujian-ujian yang dijalankan di dalam makmal ini adalah seperti “3D Motion Capture”, ujian kekuatan otot (isokinetik), ujian ground reaction force”, “gait analysis”, “muscles contraction”, ujian stabiliti dan sebagainya. Ujian-ujian ini dijalankan bukan sahaja untuk meningkatkan prestasi atlet malahan juga mampu mengurangkan risiko mendapat kecederaan.

MAKMAL CRYOTHERAPY (ICELAB)

Cryotherapy secara bermaksud “terapi sejuk” adalah teknik di mana tubuh terdedah kepada suhu yang sangat sejuk selama beberapa minit. Cryotherapy keseluruhan badan berfungsi untuk mempercepat pemulihan dengan memberikan kelegaan dan menenangkan otot (memberi kelegaan dalam usaha mempercepat pemulihan). Rawatan ini menggunakan ruang bilik dengan suhu rendah -110’c (ruang rawatan) selama 3 minit. Kaedah ini mampu merangsang reseptor pada kulit ke sistem saraf dan menyebabkan tindak balas hormon fisiologi dirembeskan untuk mengaktifkan imuniti serta pembebasan adrenalin dan endorfin yang membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan. Strategi pemulihan yang berkesan untuk membantu mempercepat proses pemulihan badan semasa latihan harian atau persaingan yang berpanjangan.

MAKMAL HYDROTHETRAPY

Hydrotherapy adalah kaedah rawatan menggunakan terapi air untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan badan sewaktu latihan harian mahupun pertandingan yang berpanjangan. Rawatan dengan rendaman air sejuk (cold water immersion) dengan suhu 10-15 C selama 5-15 minit dan rendaman air panas (contrast water immersion) dengan suhu 38 – 40 C selama 15 minit membantu mengurangkan kadar jantung dan output jantung serta meningkatkan tekanan darah arteri dan rintangan peripheral sekaligus mengurangkan suhu badan. Di samping itu, ia membantu dalam mengurangkan kesakitan dan keletihan otot yang disebabkan oleh latihan atau pertandingan.