Kami berjanji:

  1. Memastikan permohonan perkhidmatan sokongan sains sukan dan perubatan akan diberi maklumbalas dan diproses dalam tempoh empat (4) dari tarikh penerimaan  permohonan.
  2. Melaksanakan sekurang-kurangnya 80% daripada pelan prestasi yang menjawab jurang prestasi atlet mengikut sukan dan kumpulan sukan seperti dirangka.
  3. Memastikan perkhidmatan sains sukan berteraskan amalan dan bukti saintifik.
  4. Mengaplikasikan amalan perkhidmatan sains sukan yang bersesuaian kepada pemegang taruh berkonsepkan amalan terbaik bagi sukan prestasi tinggi.
  5. Memastikan permohonan perkhidmatan sains sukan yang di terima, diberikan maklumbalas dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh penerimaan permohonan.
  6. Melaksanakan sekurang-kurangnya 80% daripada pelan prestasi yang menjawab jurang prestasi atlet mengikut sukan dan kumpulam sukan.
  7. Menyediakan perkhidmatan yang cekap, fokus dan mesra pelanggan.
  8. Berusaha untuk mencapai :-
    1. – Masa menunggu untuk berjumpa doktor  ≤ 60 minit
    2. -Kes-kes baharu kecederaan sukan akut akan di beri rawatan dalam tempoh masa 24 jam
  9. Memastikan surat tawaran geran penyelidikan atau keputusan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas keputusan permohonan diterima.
  10. Mencapai sekurang-kurangnya 75% tahap kepuasan peserta terhadap pengendalian, penyampaian dan kemudahan program.
  11. Memastikan keputusan kursus Sains Sukan Tahap II dan III boleh dilayari di laman web isn.gov.my atau coachingacademy.isn.gov.my sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari waktu bekerja daripada tarikh tamat kursus.
  12. Memastikan sijil sains sukan dikeluarkan selewat-lewatnya enam puluh (60) hari bekerja selepas keputusan diumumkn di dalam laman web serta Menyediakan sijil jurulatih (SPKK) dalam tempoh tiga (3) bulan (bergantung kepada pihak persatuan sukan kebangsaan) setelah lesen diterima oleh pihak pelanggan.
  13. Memastikan proses bayaran dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dengan syarat dokumen adalah lengkap.
  14. Memastikan pengeluaran pesanan jabatan/tempatan untuk perolehan sama ada tender/sebutharga rasmi/pembelian terus dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kelulusan dan permohonan lengkap.
  15. Memastikan amalan kualiti terbaik di semak sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
  16. Memperakukan sebarang isu, cadangan, permohonan dan maklum balas dalam masa 48 jam. Bahagian PODIUM akan memberikan maklum balas dan jawapan yang muktamad dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
  17. Bahagian PODIUM akan memastikan pemilihan atlet adalah berdasarkan Kriteria Pemilihan yang telah dipersetujui oleh Program PODIUM ISN.
  18. Memberi maklum balas aduan pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja
  19. Menyelaras, merancang dan menulis penyataan akhbar / temubual / siaran media dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.