PROGRAM PODIUM: SKUAD HOKI LELAKI SEDIA SAHUT CABARAN

Nur ZatilBerita, Podium

PICT 1
Ketua pasukan hoki negara, Sukri Mutalib, menyahut cabaran untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas Institut Sukan Negara (ISN) mengumumkan skuad lelaki senior kebangsaan terpilih dalam Program Podium 2018. 

Pemilihan skuad hoki menjadi tumpuan utama dalam senarai baru Program Podium, semalam.

Ini bermakna The Malaysian Hockey Tigers perlu membalas kepercayaan ISN dengan merangkul pingat emas Sukan Asia Indonesia tahun depan untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kali terakhir skuad hoki negara layak ke Sukan Olimpik adalah pada 2000 di Sydney, Australia.

“Ia satu sasaran yang tinggi dan saya menganggap ia satu cabaran untuk kami pikul dan motivasi kepada pemain apabila diserapkan dalam Program Podium.

“Saya mengharapkan kami dapat mencapai sasaran ke Sukan Olimpik Tokyo, terutama dalam Sukan Asia,” ujarnya.

ISN akan mengadakan pertemuan dengan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam masa terdekat untuk memilih senarai 24 pemain untuk Program Podium.

Ketika ini, skuad kendalian Stephen Van Huizen itu dibarisi 28 pemain dengan kem latihan akan bersambung pada 20 November ini.

SUMBER: www.stadiumastro.com