EN. ROHAN A/L GANASON
Ketua Pusat Direktorat

PN. NORMILA BINTI ISMAIL
Ketua Unit Dasar dan Perhubungan Antarabangsa

EN. ZULKARNAIN SHAZRAIN BIN AIZAM
Ketua Unit Teknologi Maklumat

EN. MOHD DAMANHURI BIN MOHD NASIR
Ketua Unit Komunikasi Korporat


PIAGAM PELANGGAN PUSAT DIREKTORAT

  1. Mengemaskini pelaporan penyelarasan KPI dalam tempoh lima (5) hari bekerja untuk tujuan pelaporan setiap bulan kepada Pengurusan Tertinggi ISN dan Bahagian Dasar KBS.
  2. Menyelaras, merancang dan menulis penyataan akhbar/temubual/siaran media dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  3. Memberi maklum balas surat permohonan lawatan tiga (3) hari waktu bekerja daripada tarikh surat diterima.
  4. Memberi maklum balas aduan pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.
  5. Kebolehcapaian Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM) dan rangkaian sekurang-kurangnya 95% dalam setahun bagi skop rangkaian setempat, internet, pusat data dan sistem aplikasi.

UNIT DASAR DAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA

  1. Mengurus dan melaksanakan dasar-dasar baru, menyelaras dan mengkoordinasi perkara-perkara berkaitan dasar dalam semua bidang berkaitan Institut dalam pembangunan sains, perubatan dan teknologi sukan.
  2. merancang dan membangunkan dasar-dasar sedia ada ISN serta menilai keberkesanan program melalui perancangan strategik ISN.
  3. mengurus dan menyelaras semua program kerjasama melalui hubungan dua hala di dalam dan luar negara
  4. menyelaras aktiviti-aktiviti perundangan  yang berkaitan peranan Institut dalam pembangunan sains, perubatan dan teknologi sukan.

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Fungsi-fungsi Unit Teknologi maklumat adalah:

  1. Merancang, membangun dan mengawalselia inisiatif-inisiatif ICT seperti penyediaan prasarana pengkomputeran, pembangunan sistem aplikasi, pengurusan perolehan perkakasan serta perisian, pengurusan latihan dalam bidang ICT dan pelupusan perkakasan ICT ISN;
  2. Membangunkan serta menyelenggara sistem ICT bagi menyokong fungsi-fungsi operasi dan pengurusan;
  3. Bertanggungjawab membantu menyelenggara sistem-sistem yang ada di ISN;
  4. Membangunkan dan menyelenggara prasarana rangkaian komunikasi;
  5. Menyediakan perkakasan dan perisian komputer untuk ISN serta memastikan keselamatan dan integriti data; dan
  6. Memberikan khidmat sokongan bagi memastikan operasi-operasi sistem ICT berjalan lancar.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Fungsi teras Unit Komunikasi Korporat (UKK) mengurus dan mengekalkan imej positif ISN, menguruskan hal-ehwal hubungan masyarakat dan urusan korporat serta kegiatan ISN yang memberi faedah kepada ISN, penyediaan ucapan rasmi pegawai utama ISN, penerbitan korporat  ISN,  hubungan media, penerbitan video dan grafik, perkhidmatan audio visual, promosi aktiviti-aktiviti ISN dan pengurusan lawatan pihak luar, khususnya pelajar, ke ISN.  UKK juga mengemaskini berita-berita semasa di laman web dan rangkaian media sosial rasmi ISN.