Soalan Lazim

Bagaimana untuk memohon jawatan kosong di Institut Sukan Negara Malaysia?

Para pemohon jawatan kosong boleh melayari laman web ISN dan menghantar resume dan sijil-sjil yang berkaitan kepada :-

Cawangan Sumber Manusia,
Institut Sukan Negara,
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Saya ingin membuat latihan industri di Institut Sukan Negara, bagaimanakah prosedurnya?

Saudara/Saudari boleh melayari laman web rasmi ISN di klik pautan ini untuk mengetahui prosedur mengisi borang latihan praktikal yang telah di sediakan.

Saya mengalami kecederaan sewaktu aktiviti bersukan. Bolehkah saya mendapatkan rawatan di Institut Sukan Negara?

Untuk pengetahuan saudara/saudari, buat masa ini Institut Sukan Negara hanya memberikan khidmat rawatan sukan kepada atlet yang berada di dalam program latihan Majlis Sukan Negara. Perancangan untuk memberi perkhidmatan rawatan sukan kepada orang awam masih dalam peringkat penentuan caj rawatan yang akan di kenakan. Setelah kata putus di lakukan oleh pihak pengurusan tertinggi Institut Sukan Negara, pihak kami akan membuat pengumuman rasmi kepada orang awam.

Saya mempunyai soalan lain yang tidak terdapat di laman ini. Kepada siapakah harus saya berhubung?

Untuk pertanyan lain mengenai Institut Sukan Negara, anda boleh menghubungi EN. DAMANHURI di talian 03-89919648 atau email ke [email protected].