banner

PUSAT SUAIAN FIZIKAL

Sebelum pelaksanaan sesuatu program kekuatan dan suaian fizikal, analisis keperluan atlet perlu dijalankan. Ini termasuk kajian literatur, pemerhatian latihan/pertandingan serta berkomunikasi dengan atlet dan jurulatih untuk memahami sukan tersebut.

Kekuatan dan kelemahan atlet dikenal pasti melalui ujian dan maklumat ini, bersama-sama dengan analisis keperluan atlet yang digunakan sebagai panduan untuk mereka bentuk program kekuatan dan suaian fizikal ini.

Pemantauan berkala dijalankan bertujuan mengukur dan mengesan kualiti fizikal tertentu untuk memastikan bahawa program kekuatan dan suaian fizikal ini adalah berkesan dan mencapai matlamatnya.

  1. Membangun, melaksana, memantau & menilai program latihan kekuatan dan suaian fizikal bagi atlet di bawah program MSN

Perkhidmatan program-program latihan kekuatan dan suaian fizikal dilaksanakan berlandaskan analisis keperluan atlet dan sukan.  Ini termasuk kajian literatur, pemerhatian latihan/pertandingan serta berkomunikasi dengan atlet dan jurulatih untuk memahami sukan tersebut. Kekuatan dan kelemahan atlet dikenal pasti melalui ujian dan maklumat ini, bersama-sama dengan analisis keperluan atlet yang digunakan sebagai panduan untuk mereka bentuk program kekuatan dan suaian fizikal ini.

  1. Memantau & menilai prestasi fizikal atlet secara berterusan dan menyediakan maklum balas kepada jurulatih

Pemantauan berkala dijalankan bertujuan mengukur dan mengesan kualiti fizikal tertentu untuk memastikan bahawa program latihan kekuatan dan suaian fizikal ini adalah berkesan dan mencapai matlamatnya. Maklum balas yang diberikan kepada kedua-dua jurulatih dan atlet memastikan akauntabiliti.

  1. Memberi pendidikan kepada atlet & jurulatih dalam bidang kekuatan dan suaian fizikal melalui seminar dan bengkel

Memberikan ceramah serta bengkel latihan dalam bidang kekuatan dan suaian fizikal kepada para jurulatih dan atlet untuk meningkatkan pengetahuan dalam aspek latihan fizikal sukan masing masing.

  1. Pusat Latihan Suaian Fizikal The Jungle Gym

Menyediakan kemudahan gimnasium The Jungle Gym yang dilengkapi dengan peralatan latihan bebanan dan kardiovaskular moden untuk latihan kekuatan dan suaian fizikal kepada atlet-atlet kebangsaan dibawah program MSN.