Sukan Asia: Ezuan menang perak menembak lelaki

KUALA LUMPUR: Muhammad Ezuan Nasir Khan berjaya memenangi pingat perak acara 50 meter rifle prone lelaki dalam final di Sukan Asia di Incheon, sebentar tadi.
Dia mencatat 208.5 mata untuk memenangi pingat ketiga untuk kontinjen ngara dalam acara menembak.
Pingat emas dimenangi penembak China, Zhao Shengbo dengan 209.1 manakala gangsa menjadi milik Park Bong Duk (186.6).
Sumber : Berita Harian