TeamISN di Kejohanan Sukan Intergrasi MAKSWIP 2016

5 Dis 2016 – Seramai 54 org kakitangan ISN telah menyertai Kejohanan Sukan Intergrasi MAKSWIP 2016 yang bermula 1hb Disember hingga 4hb Disember 2016 di Perlis.

#TeamISN telah menyertai acara bola sepak 9 sebelah dan telah menghantar dua pasukan iaitu Pasukan A dan Pasukan B manakala bola tampar pantai menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita. Tidak ketinggalan pasukan bola jaring ISN turut menyertai bola jaring 5 sepasukan pada kejohanan tersebut.

Bagi acara bola sepak 9 sebelah, pasukan A ISN telah menjadi johan kumpulan 24 dan mara ke pusingan ke-3 namun gagal menentang LGM A dengan keputusan 1-0. Manakala pasukan B ISN pula menjadi naib johan kumpulan 19 dan mara ke pusingan ke-2 namun turut gagal menentang LGM A dengan keputusan 3-0.

Bola tampar pantai lelaki gagal mara ke pusingan seterusnya kerana telah tewas dua perlawanan di dalam kumpulan iaitu perlawanan pertama menentang PPPUM : 25-21 dan perlawanan kedua menentang JPM A : 25-17 namun bola tampar pantai wanita telah menebus kekecewaan tersebut dengan menjadi johan kumpulan dan mara ke pusingan kedua namun gagal di peringkat suku akhir dengan keputusan KKR-21 ISN-14.

Bagi pasukan bola jaring mereka telah melangkah lebih jauh di mana pasukan ISN memenangi perlawanan bersama JKWP diperingkat suku akhir dengan keputusan 13-4. Mara ke separuh akhir namun tewas di tangan SPA dengan keputusan 19-9 dan gagal ke perlawanan akhir. Keputusan penuh, pasukan ISN hanya berkongsi tempat ketiga bersama pasukan Felda.

Ketua Kontinjen pasukan ISN ke kejohanan tersebut, En Nik Haris Nik Ibrahim berharap #TeamISN lebih fokus dan banyak mengadakan sesi latihan jika mahu melangkah lebih jauh dalam merealisasikan impian untuk memperbaiki kedudukan di kejohanan tersebut pada masa akan datang.