#TEAMISN JADI TUMPUAN DI #FITMALAYSIA PERAK

9 JULAI 2017, BAGAN DATOH: Sambutan meriah diterima TeamISN pada program FitMalaysia di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Hutan Melintang, Bagan Datoh hari ini dimana warga tempatan membanjiri booth Institut Sukan Negara(ISN) untuk menguji kemampuan fizikal masing-masing.

Dalam mempromosi perkhidmatan sains sukan, TeamISN membawa dua ujian kecergasan iaitu Wattbike dan Functional Movement Screening(FMS) untuk dicuba warga Bagan Datoh.

Turut sama hadir pihak pengurusan ISN, Pengarah Bahagian Perubatan, Dr. Arshad Puji dan Pengarah Bahagian Kewangan, En. Nik Haris Nik Ibrahim.

Bagi Dr. Arshad Puji, meskipun berstatus luar Bandar, kesedaran aspek kesihatan dan kecergasan dikalangan warga Bagan Datoh amat mengagumkan. “Apa yang saya lihat keinginan warga Bagan Datoh terhadap aspek kesihatan dan kecergasan amat tinggi kerana mereka memanfaatkan kehadiran TeamISN di sini dengan mencuba perkhidmatan-perkhidmatan sukan yang kami bawa hari ini. Malah mereka turut berminat mengetahui tentang sains sukan untuk mengamalkan gaya hidup sihat,” kata Dr. Arshad.

Empat pegawai ISN yang turun padang hari ini adalah pegawai fisiologi senam, Christopher Pok dan Iginituise Ganni, Pegawai Fisioterapi, Nor Effendi Yassin dan Penolong Perubatan, Musinah Atigang.

Selain itu menarik FitMalaysia di Perak kali ini dimana tumpuan terarah kepada larian obor Sukan SEA 2017 yang singgah di Bagan Datoh.
Obor Sukan SEA 2017 dibawa Adun Pengkalan Hulu, Tuan Haji Aznel Ibrahim sebelum diserahkan kepada Pegawai Daerah Batang Padang, Tuan Azizi Abd Aziz untuk ke lokasi seterusnya iaitu ke Tapah.
FitMalaysia Perak dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, Dato’ Zainol Fadzi Paharuddin.

Hadir sama dalam majlis yang sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, En. Nik Abd Kadir Nik Mohammad dan Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak, Tuan Haji Badrul Hisyam Bahari.
#TeamISN #bangkitbersama #KL2017 #TEAMMAS #poweredbyISN #winningmentality.