TEAMISN RAIH PENDEDAHAN AWAL AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI KBS

22 JUN 2017, PUTRAJAYA: Bagi menyahut inisiatif Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia(MAMPU) dalam mengamalkan budaya Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Institut Sukan Negara(ISN) telah mengadakan lawatan ke Kementerian Belia dan Sukan(KBS) di Putrajaya pada 15 Jun 2017 bagi mendapat pendedahan awal.

Lawatan penanda aras pertama ISN ini disertai seramai 24 kakitangan yang diketuai Intan Fazila Zamani selaku Penyelaras EKSA ISN.

Ia bertujuan untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA di KBS dimana ia akan disusuli pendedahan ke beberapa agensi atau jabatan yang telah melaksanankan EKSA setakat ini.

Lawatan yang turut disertai Ketua-Ketua Zon dan ahli jawatankuasa EKSA ISN diberi taklimat penerangan oleh Koordinator EKSA KBS, Ain Syafiqah Abdul Haris.

Malah bagi melihat suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA KBS, delegasi turut dibawa melawat lima zon utama iaitu Pusat Sumber (Zon Ekuestrian), Bahagian Pembangunan Belia Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara termasuklah ke Bilik Terbaik (Zon Ragbi), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (Zon Karate), Jabatan Belia dan Sukan (Zon Squash) serta Bahagian Akaun (Zon Akuatik).

ISN menyokong penuh amalan EKSA dimana pendedahan ini diharap akan memberi gambaran jelas kepada semua kakitangan dalam usaha melaksanakan EKSA di ISN pada masa akan datang.