TEAMISN SEMARAKKAN KETIBAAN OBOR KL2017 DI LOKASI TERAKHIR DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

Nur ZatilBerita

MAIN 1

BUKIT JALIL, 12 OGOS 2017: Selepas hampir 4 bulan mengelilingi seluruh Malaysia, Obor Sukan SEA 2017 akhirnya tiba di lokasi terakhirnya iaitu di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dimana berlangsung serentak dengan program FitMalaysia Kuala Lumpur siang tadi.

Ketibaan Obor KL2017 disaksikan hampir 15 ribu orang yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Brig Jen Khairy Jamaluddin bersama pemimpin-pemimpin sukan seperti Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, Chef De Mission Kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2017, Datuk Marina Chin, Setiausaha Kehormat MOM Datuk Low Beng Choo, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara(ISN) Dr. Mohd Khairi Zawi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, En. Ahmad Zawawi Zakaria.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr. Mohd Khairi Zawi, FitMalaysia bertindak sebagai platform mempromosikan peranan ISN dalam sukan negara dimana perkhidmatan-perkhidmatan ISN bertindak dalam meningkatkan prestasi sukan negara.

“Meskipun sambutan FitMalaysia tahun ini adalah di skala kecil berbanding tahun lepas, namun peningkatan sambutan amat memberangsangkan. Dengan menggunakan bajet yang lebih kecil pada tahun ini, saya lihat kesederan orang ramai terhadap pendedahan perhidmatan sains sukan lebih baik tahun ini,” kata Dr. Khairi.

Dalam program hari ini, booth TeamISN diserbu orang ramai yang tidak melepaskan peluang mencuba perkhidmatan yang dibawakan TeamISN iaitu Watt Bike Race, Functional Movement Screening(FMS) dan Fit Kitchen dimana menu yang dikongsikan hari ini adalah Banana Smoothie dan Energy Bite.

Selain itu, seperti lazimnya FitMalaysia Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai dimana hampir 15 ribu orang menyertai pelbagai acara kecergasan seperti larian 5km & 10km, kayuhan, senamrobik, zumba dan seni mempertahankan diri. #FitMalaysia #PoweredbyISN #KL2017#bangkitbersama